Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Jumaat, 23 Julai 2010

KENANGAN SEKEJAP....


macam pelik je kan entri aku kali nie.. tapi aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bergelar seorang guru selama hampir 5 bulan semasa aku menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah rendah di hulu langat. satu tempat yang best sangat bagi aku. tempat yang cukup tenang dengan keindahan kehijauan di keliling aku dan suasana kawasan air terjun..memang nyaman dan best..:) sebab itu lah kot ramai produser2 bikin drama kat kawasan nie macam cerita 'halimah jongang', 'nenek kebaya' & macam2 lagi la... dan aku pun berkesempatan jugak tengok shooting..hehe..jakun kan aku. ye la, belum pernah tengok live.. drama Adamaya tue pun sempat aku tengok shootingnye...:)..kalau dah jakun kan...

alamak ! baru terperasan rupanya aku dah melalut panjang dah nie.aku sebenarnya nak khabarkan pengalaman aku bergerlar seorang guru pelatih. aku nie kira mengajar prasekolah dan pendidikan khas. tapi kat sekolah tue takde kelas khas. ada kelas pemulihan khas je. so, lecturer aku minta aku mengajar murid pemulihan khas. aku mengajar je la walaupun mula2 aku agak kekok sikit coz sepanjang 4 tahun pengajian aku hanya diajar untuk mengajar murid berkeperluan khas. tapi, tue semua tak menjadi masalah sebab guru pembimbing aku banyak bantu dan bimbing aku. lama2 aku rasa macam mengajar murid pemulihan nie lebih senang..hehe...

aku tetiba je nak postkan pasal nie sebab aku rindukan anak-anak murid yang aku sayangi.. walaupun kadangkala mereka selalu je buat aku naik angin tapi tue semua adat la...budak-budak kan..sabar je la...kadangkala diorang pernah jugak buat kelakar ngan aku... tapi, satu je..budak2 nie kan macam tak takut je ngan aku. padahal aku rase aku nie dah memag garang dah... kadang2, aku selalu tersasul biasakan diri aku sebagai kak yue dan kadang2 tue tersasul jadi anjang..coz kat rumah, adik2 aku panggil aku kak yue dan anak2 buah aku panggil aku anjang... so, selalu je tersasul.. selalu je aku cakap, "ikut yang macam anjang buat lah"..kadang2, "kan kak yue dah cakap" & macam2 lagi la...

aku pendekkan sinopsis cerita nye..nak dijadikan sinopsis cerita, cukup 5 bulan maka aku pun dengan rasminya akan berangkat meninggalkan sekolah yang aku sayangi.. dan aku maklumkan pada anak2 murid aku yang aku dah nak pergi, dah tak mengajar diorang semua. diorang tanya,
 "kenapa cikgu? cikgu nak pergi mana?"
aku pun jawablah, " kan cikgu dah cakap cikgu kat sini buat latihan mengajar je sebelum cikgu jadi cikgu yang betul2. sekarang, latihan cikgu dah habis. jadi, cikgu kena balik la."
lepas tu diorang tanya lagi, " cikgu nak pergi mana lepas nie?"
aku pun dengan sabar menjawab soalan anak2 murid kesayangku itu.. "cikgu balik kampung la..belajar dah habis, latihan pun dah habis.."
then, boleh pulak diorang cakap "wah..best lah cikgu dapat balik kampung....."
aikkk...terpinga2 aku..diorang nie tak sedih ke aku nak pergi dah..haha..budak2 nie..aku pulak yang sedih lebih..diorang selamber je..

so, hari yang ditunggu telah tiba. pagi tue aku ke sekolah macam biasa je. pagi tue, masa kat perhimpunan harian, aku kena buat sedikit ucapan..then,masuk kelas macam biasa. pagi tue aku ambik alih kelas sekejap time perbualan pagi. aku sembang2 & nyanyi2 lagu kanak2 dengan anak2 murid aku..terasa sayu sangat coz itu yang terakhir....

lepas tue, ada jamuan and bagi2 hadiah..terharu sangat sebab banyak hadiah yang aku dapat.. semuanya masih kemas tersimpan di dalam almari kat bilik aku dan aku tak benarkan sesiapa yang usik kerana itu adalah kenangan istimewa dalam hidup aku. hadiah pemberian si kecilku.. macam2 aku dapat.. tp, paling terharu bila baca kad ucapan yang dibuat oleh 'si kecilku' itu...


nie kad dr kelab guru..
thank so much!


Sabtu, 3 Julai 2010

SYURGA MENANTIMU.....


tanggal 2 JULAI 2010 adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku..pada tarikh ini lah anak buah aku NUR EISYA ZAFRYN SOFEA dilahirkan dan pada tarikh ini jugak lah beliau disemadikan...arwah Eisya dilahirkan dan dikebumikan pada hari yang mulia iaitu pada hari Jumaat...
Eisya adalah anak buah aku yang ke-13 dan cucu mak ayah aku yang ke-13.. kami semua menantikan kehadirannya....apatah lagi kakak aku..Eisya adalah anak sulong kakak aku..memang kehadirannya amat dinanti-nantikan..tapi, ALLAH lebih berkuasa..sayang sangat kami pada Eisya tapi ALLAH lebih menyayanginya..DIA datangkan Eisya kepada kami hanya untuk seketika..walaupun cuma seketika, tapi kami semua amat menyayanginya....
terimbas balik pada saat2 Eisya akan dilahirkan...
doktor sahkan Eisya meninggal di dalam kandungan..sedih memang teramat sedih..tapi kami redha...khamis malam kakak aku masuk wad sebab dia dah mula sakit perut... jam 2.53 pagi, dia lahirkan Eisya.. pukul 5.oo pagi, mak aku call aku..mak aku suh aku kemaskan tempat untuk arwah...
aku pun ambilkan tilam dia & hamparkan kat atas katil mummy & daddy dia..saat tue aku rase sedih & sayu yg teramat sangat...sape sanggup, tilam yg sepatutnya Eisya baring sambil merengek2 manja dan ,membuatkan kami semua terhibur tapi yang akan tbaring kat situ nanti cuma jasad Eisya yang kaku....aku sedih sangat masa fikirkan 2 semua tapi aku cepat2 beristighfar....tak baik menyesali kehendak takdir...
then, dalam pukul 7 jenazah sampai kat rumah aku... masa nenek dia bukakan kain tue lagi lah bertambah sedih bila tengok jenazah sebab dia dah sempurna & cukup sifat dah...masa mandikandia pun aku tengok...aku sempat pegang tangan dia..saat paling hiba adalah saat kafankan dia..masa tue semua org menangis......aku cuba tahan tapi tak tertahan.....
alhamdulillah...jenazah eisya selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah kakak aku & sepupu aku...ketiga2nya adalah ahli syurga..arwah kakak aku meninggal msa umur 2 tahun & sepupu aku meninggal pun masa bayi..patutla, malam yang kakak aku sakit perut sebelum eisya meninggal 2, kakak aku mimpi dia ambik baby & letakkan baby 2 dekat 2 orang baby lagi..tp kakak aku tak tahu tue baby siape...mungkin maksud dlm mimpi 2 yang eisya akan disemadikan bersebelahan dengan 2 org ahli syurga tue...
hari nie, aku terkenangkan lagi eisya....
Aku jugak terfikir,
"ORANG YANG MEMBUANG BAYI TUE TAK RASE APE KE?????????!!!!!
buat NUR EISYA ZAFRYN SOFEA,
SEMOGA TENANG DIKAU DISANA...
SYURGA SEDANG MENANTIMU....
Khamis, 1 Julai 2010

APA ADA PADA BUAH?


sekarang dah pun masuk musim buah kan.. begitu jugak kat kampung aku..manggis and kuini dah pun masak.. cume rambutan, duku, rambai & durian belanda je yang belum masak lagi.. aku bersyukur sangat sebab berpeluang nak merasa buah2 yang ada kat umah aku..musim buah yang lepas pun macam tu jugak.. kebetulan aku cuti semester masa musim buah. so, aku je la yang duk menghabiskan buah2 yang ada.. rezeki aku kan.. musim nie lagi lah unik..aku jugak yang melantak..haha..padahal sebelumnya, adik beradik aku semua balik masa awal bulan Jun sempena hari ulangtahun perkahwinan my parents yg ke-40 & sambut sekali hari ibu & hari bapa. tapi, masa 2 semua buah2 tak masak lagi..
then, satu musibah melanda dalam keluarga aku..baby kakak aku meninggal dalam perut. kandungan dah nak masuk 7 bulan tapi Allah lebih sayangkan babytue. ada hikmah yang tersembunyi. sedih sangat...lagipun, baby 2 anak first kakak aku..dan kami memang ternanti-nantikan kehadirannya..apatah lagi disahkan pulak baby girl..,walaupun sedih, tapi kami meredhai pemergiannya...Syurga sedang menantinya....s0, dipendekkan cerita adik beradik aku balik kampung lah sebab nak tengok baby. tapi baby tak keluar jugak mase tue..doktor suruh tunggu seminggu je lagi. so, hari ahad adik beradik aku yang lain pun balik lah semula seorang demi seorang ke rumah masing-masing.. adik aku yg study kat kelantan & terengganu pun balik semula ke kampus masing2.....

lepas tu, pada keesokan harinya yakni hari Isnin, mak aku pergi la kat tepi rumah..tengok kat atas tanah dah banyak buah manggis dah gugur..so, aku n kakak aku 2 je la yg habiskan..aku pun sesaje nak bagi yg lain2 jeles, aku ambik gambar & upload kat Facebook. hahahaha..semua nya bengang ngan aku. pas tu, tuduh aku sesaje tak nak gi ambik buah tue time diorang takde..haha..nie time aku..boleh la sesedap aku mainkan diorang. ntah2 lepas ni, kalau ade rezeki kena posting jauh2, baru padan muka aku.. mase 2 bile dah langsung tak dapat merasa baru lah padan muka aku! haha...s0, time2 macam nie je la aku nak merasa puas2...

oppsss..panjangnye melalut...sory2 guys...
ok, buah durian ni adalah buah yang paling aku suke...sedap kan??
begitulah juga dengan kehidupan kita..nak tahu kenapa??







kehidupan kita sama seperti buah durian..
untuk merasa kemanisan isinya perlu mengharungi duri2
yang sangat tajam.....

adakala tangan tercucuk duri..

adakala tangan terkena pisau..

adakala tangan luka berdarah...

adakala ada yang putus asa..

adakala ada yang kecewa..
tapi dek kerana terlalu manisnya buah durian
dan terlalu teruja untuk merasai kelazatan dan kenikmatan buah durian,

orang akan berusaha sedaya upaya untuk mengopek buah durian...

akhirnya,
kemanisan buah durian boleh membuatkan

kita terlupa kesakitan dan keperitan sewaktu mengopek

kulit durian tadi....

begitulah jua dengan kehidupan kita..
berakit-rakit ke hulu..

berenang-renang ke tepian..
bersakit-sakit dahulu..
bersenang-senang kemudian...
kita tak kan merasa kemanisan hari ini

jika kita tidak mahu merasa kepahitan masa lalu..




manggis?

manggis nie adalah buah paling jujur sekali..

nak tahu kenapa?

sebab...manggis tak menipu..

kalau tampuknya 5, 5 lah isinya..

kalau tampuknya 6, 6 lah isinya..

betul...tak percaya??

sekarang jugak pergi beli manggis & tengok betul ke tidak...

so, dalam kehidupan kita,

kita mesilah jujur dan dalam kata yang mudah,

cakap serupa bikin..

huhuhu...