Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Rabu, 15 September 2010

CORETAN AIDILFITRI 2010

salam syawal..sekarang masih lagi dalam suasana berhari raya. rasanya tak salah kalau aku nak mencoretkan serba sedikit cerita hari raya aku bersama keluarga dan kawan2. aku pun baru balik dari kampung ayah & mak aku..sayu, syahdu, sedih & rindu sangat sebab kita dah tinggalkan bulan puasa. alhamdulillah, aku rasa aidilfitri tahun nie amat bermakna sebab aku masih diberi peluang mengunjungi sanak saudara dan kawan2.

tapi raya tahun nie dah 'melanggar' adat..hehe..bukan adat apa2 pun cuma kalau sebelum nie kawan2 aku aku berkumpul kat umah aku terlebih dahulu tapi kali nie umah aku jd yang terakhir. dan tahun nie jugak turn adik-beradik aku beraya di rumah mentua masing2. jadi tinggallah kami yang masih bujang. walaupun kemeriahannya kurang sikit tapi raya tetap raya. macam biasa pagi2 raya lepas solat raya kami semua bermaaf-maafan dan bermulalah drama air mata kami sekeluarga...

then, kawan aku ajak pergi beraya kat umah Tok Guru Mengaji aku. aku mula2 segan jugak nak pergi beraya ke sana sini nih. maklum lah dah dewasa la konon. tapi bila fikirkan Tok Guru aku pergi la jugak. lepas sembahyang Jumaat, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara arwah kakak aku, arwah Eisya (anak buah aku) dan arwah sepupu aku.

raya kedua, adik beradik aku mula tiba di rumah.. raya kedua kami tak pergi mana2 pun. just beraya bersama adik beradik kat umah dan melayan tetamu yang datang beraya. raya ketiga baru pergi beraya umah saudara mara. raya keempat kami balik ke kampung halaman mak ayah kami. seronok sangat..dapat jumpa tokwan, tok ngah, ayah chik, mak su, mak ngah & ramai lagi la sanak saudara mak ayah kat kampung. raya kelima kami dah bertolak balik semula. then, dalam perjalanan balik ke rumah kami semua berhenti makan kat bukit besi. sakit hati betul aku time nie. boleh tak, lepas kitorang duduk datang la sorang cik kak nie tuk ambik order. aku order nasik goreng ayam, kakak aku order nasik goreng cina, dan yang lain2 tak perlulah aku sebutkan apa menunya sebab cerita nie berkisarkan pasal aku ngan akak aku. lepas tue dia nie pun bawak lah makanan yang kami pesan. tup..tup..nasik gorengnya sama je semua. aku tanya la, nie nasik goreng ayam ke? dia cakap nasik goreng ayam takde sebab malas nak buat. buat nasik goreng biasa je semua senang sikit. hellloooooo..senang ati je ko ckap macam tue ek..kalo malas tutup kedai la..abis cerita! dah taw malas tapi ada ati lagi nak berniaga..tak maju la kedai ko kalo ko buat cam tue..

DI PAGI RAYA BERSAMA KELUARGAKU...

mengucupi tangan ayah tercinta
di pagi syawal..


ibu...hangatnya dakapanmu..
ampunkan segala salah silapku ibu...

aku, ayah, mak & adik..

RAYA BERSAMA TEMAN SEPERMAINAN
melayan rakan2 yang beraya kat
umah aku..diorang memang
teringin nak mkn nasik minyak
mak aku...

menjamu selera...

jemput makan...

aku happy sebab
korang happy..

khusyuk makan..

NAK BALIK KAMPUNG..

sebelum bertolak ke kampung..

berhenti makan jap..

budak jakun..
tak pernah jumpe perigi..

tiba di rumah nenek aku..

di rumah tok ngah..
4 generasi..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....