CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 April 2012

KATA-KATA BEST part 1#

Saya tak minta yg SOLEHAH/SOLEH,sebab saya pun tak lah SOLEH/SOLEHAH sgt
Saya tak minta yg bergelar USTAZAH/USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZ/USTAZAH/
Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada
  Nak minta yg CANTIK/KACAK, saya tak la KACAK/CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia
.........................................................

·٠•● Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia..
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti...
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...
●•٠·
...................................................................................................................
¸.•´¯) senyum manusia itu hanya Allah yang tahu ertinya, senyum itu memang menzahirkan ceria,namun untuk kebanyakan waktu senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati "¸.•´¯)
...........................................................................................................
~>> JAGAKANLAH hati saya, ya Rabb..tunjukkan mana JALAN yang harus saya pilih..tunjukkan mana rasa yang harus saya SIMPAN dan BERI, untuk siapa, dan bila semuanya harus terungkap..agar nanti, bila sudah TEPAT pada waktunya..tidak ada salah dan sesal yang tertinggal di hati ini..

Berikan SABAR dan KEKUATAN, anugerahkan SAYANG dan CINTA pada setiap hati yang menunggu..kerana saya percaya, tidak ada yang LEBIH INDAH dari rencanaMu..saya tahu, saya yakin..saya pasti, semua akan baik dan tepat pada waktuya......♥♥
....................................................................................................
Mengenaliku, mencintaiku dan mengasihiku tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu, kerana di suatu masa aku pasti akan pergi dan ini akan membuatkanmu kecewa dan bersedih..."
"Tetapi mengenali, mencintai dan mengasihi Allah S.W.T pasti akan memberi manfaat besar kepadamu, kerana Allah S.W.T tidak akan pergi darimu, dan Dia tidak akan sekali-kali membuatmu kecewa dan bersedih..."
………………………………………………………………………………………
Berubah kerana MANUSIA,kita akan letih,kerana manusia tidak memerhatikan kita 24 jam.mereka juga tidak akan mampu menilai perubahan kita dengan adil dan baik..
Berubah kerana ALLAH,kita akan bersemangat, Allah SWT melihat kita sepanjang masa, saat dan detik. Allah punya penilaian yang sangat adil, dan teramat detail..
...................................................................................................................
Senyumlah walau di kala engkau susah ditimpa musibah.. Kerna dengannya, engkau mendapat keringanan pahala sedekah..
Senyumlah biarpun engkau dilanda sedih dan kecewa.. Kerna dengannya, engkau masih berupaya membuat orang lain berasa sukacita..
Semoga saja senyuman ikhlasmu bisa menjadi penguat semangat dlm menjadikan dirimu tegar menerima musibah itu dgn lapang dada..
Kerna tiap² insan yang tabah itu, pastinya masih mampu tersenyum(✿◠‿◠)
Lantaran mengetahui bahawa setiap ujian itu pasti punya hikmah serta ganjaran, di akhirnya ! InsyaAllah - (✿◠‿◠)
..............................................................................................................................

Sabtu, 7 April 2012

~SUDAH CUKUP SUDAH~


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu....

lagu ni memang sesuai sgt dalam kisah aku dan dia..tapi biarlah semua ni jadi pengajaran dan sejarah dalam hidup aku..

cuma kpd insan2 diluar sana,kalau dah berpunya cakaplah dah berpunya..kalu dah tunang,cakaplah dah bertunang..kalau dah kawen,cakaplah dah kawen..ape motif anda nak menipu?mengaku single konon......huhhhhhh!

Jumaat, 6 April 2012

~HATI TERLUKA~

benarlah kata pepatah
"luka di tangan nampak berdarah,
luka di hati tiada siapa yang tahu..."

benar...aku setuju. itulah yang aku alami sekarang. orang nampak aku gembira,orang nampak aku ketawa..tapi,orang tak tahu betapa berat derita yang ditanggung jauh di sudut hati kecil aku ni..

" berat mata memandang, berat lagi hati yang memendam rasa..
sakit hati yang memandang,sakit lagi hati yang sedang terluka.."

inilah kali pertama dalam hidup aku, aku melalui fasa-fasa derita dalam C.I.N.T.A...Kini baru aku sedar sakitnya terluka..

aku pernah bercinta sebelum kenal dia dan aku pernah putus cinta tapi lukanya tak seperti yang tanggung sekarang..sakit yang teramat sangat..

aku pernah berkawan dgn seseorang tapi aku tak rasa sebahagia aku berkawan dgn dia..dia hadir saat hati aku terkunci rapat untuk lelaki..bertahun aku tutup pintu hati untuk laki tp dia berjaya mencuri hati aku dgn tingkah laku yang mencuit hati dan sesiapa pun akan tersentuh dengan cara dia nak mendekati aku..kelakar..sweet sangat..tapi kini aku sedar,itu semua palsu..lakonan semata...

"awak,
kenapa awak buat saya jatuh hati kat awak?
dan sekarang kenapa awak tinggalkan sy?
kenapa awak curi hati saya dan awak tinggalkan balik hati yang terluka ni?
skrg,sy sakit krn awk.."

berminggu-minggu aku meratap..tiap-tiap hari aku menangis..air mata dah jadi teman sejati..saat aku keseorangan,pasti berderai air mata..air mata kesedihan,air mata sengsara,air mata terluka...aku cuba sibukkan diri..pagi petang pergi kerja tapi hati tak dapat tahan saat kenangan bersama dia terbayang di mata..

macam mana aku nak keluar? kat luar sana tu penuh dgn kenangan dia. buka je pintu,terbayang saat mula2 dia nak kenal aku..turun tangga je,nampak kenangan dia datang,masuk ke kelas aku pun seolah2 ternampak balik peristiwa dia dan kakitangan dia buat pemeriksaan kat kelas..terbayang2 dia duduk kat meja aku...ya Tuhan...sedih sangat masa..seolah-olah aku disini hidup dalam kenangan dia..terseksa jiwa aku..sampai aku terfikir,macam mana aku nak lalui hidup aku di sini..mampu ke aku lalui hidup ini dgn kenangan dia tapi dia tak ada...?

bangun pagi,teringat kat dia..nangis dalam bilik air..pergi kerja,tahan hati dan perasaan walau kadangkala rapuh jgk hati ni bila ada org yg sebut nama dia dpn aku...blk kerja,aku lepak dgn kwn2..senyum dlm derita..masuk je bilik,mula lah menangis2..malam je,tak boleh tido..pukul 1 pagi, 2 pagi tapi mata tak mengantuk..aku keluar..duduk sorg2 kt dapur dlm gelap...nangis lagi...berminggu2 jgk aku takleh nak dgr lagu2 yg dia selalu nyanyikan utk aku...ya Allah, aku rindu dia..aku nak dia...tapi,menangis air mata darah pun dia dah jadi milik orang lain..aku je yang berminggu2 menangis sampai bengkak mata tp dia sedang diulit bahagia..

ada satu hari,ada seorg rakan sekerja kirimkan dua kuntum bunga matahari dalam palsu kecik..dia cakap sidia yang bg..aku senyum..aku buka bungkusan,bertambah pilu hati aku tgk bunga matahari tu..aku cakap dlm hati "takpe la awk dah takde..sy akn jaga bunga ni seolah2 sy jg awk.." tp satu bunga tu dah layu..tapi,bila aku buka mata, aku tercari2 bunga matahari tue..puas aku cari tapi tak jumpa..rupa-rupanya semua tue hanyalah mimpi...mungkin maksud bunga matahari yg layu tu adalah aku dan yg segar tu adalah dia...

derita aku berganda bila aku dapat tahu yang dia dapat tukar tempat kerja..jauh dari aku..di saat benda ni terjadi,dia akan tinggalkan aku terkontang kanting sorg diri menanggung derita yang dia tinggalkan..dia nak jumpa aku buat kali terakhir..nak huraikan segala kekusutan ini..kalau ikutkan hati aku,memang aku nak sangat jumpa dia utk yang terakhir kalinya..aku nak tatap wajah dia buat kali terakhir..tapi bila aku fikir balik,kuat ke aku nak berhadapan dgn dia sedangkan bercakap di telefon pun aku menangis mcm org tak cukup akal..inikan pula nak jumpa depan mata..tp kali terakhir,aku sakitkan hati dia..aku berkeras taknak jumpa dia walaupun berkali2 dia pujuk..

"maafkan saya awk,saya tak nak awk tgk sy nangis..
awk dh nak pergi,pergilah dgn keadaan baik..."

dia nak aku dgn dia terus berhubung macam biasa..dia berjanji yang dia takkan susut apa2 dgn aku..semuanya akan sama spt dulu2..tapi aku taknak..mana mungkin aku berhubung hari2 dgn dia sedangkan dia dh jadi milik org lain..dan aku taknak jadi org ketiga..biarlah aku korbankan perasaan aku..

tapi,itu kisah 3 minggu yang lalu...minggu ke-4,aku kembali pulih atas sokongan keluarga dan kawan2 aku..diorang banyak support aku..diorang byk sedarkan aku...aku sedar,aku lupa bahawa CINTA ABADI HANYA PADA ALLAH...
  • kenapa aku perlu meratap untuk orang yang tidak jujur?
  • kenapa aku perlu meratap untuk orang yang mempermainkan perasaan aku?
  • kenapa aku perlu meratap untuk orang yang mengecewakan aku?
aku muhasabah balik,betapa bodohnya aku mengalirkan air mata untuk org mcm dia sedangkan air mata yg gugur krn memperingati dosa2 sendiri adalah lbh berharga..menangis krn menginsafi segala dosa2 adalah jauh lebih bermanfaat..dan aku pun mula bangkit dari semua kekecewaan ini..aku tak menangis lagi dah..bila nampak kenangan2 dia,aku tak nangis..aku tak sedih lagi dah..tapi dia marah..dia kata aku tak tulus cintakan dia selama ni sbb aku dah boleh lupakan dia dalam masa 3 minggu je..die tak tahu betapa aku tulus cintakan dia dan betapa aku terpaksa belajar melupakan dia demi kebahgiaan aku..apa gunanya aku terus menanti dia sedangkan dia dah nak kahwin dah tak lama lagi..aku jgk yg terus merana..

"awk,
igt lg x,
sy ckp sy suka pakai seluar jeans..
 awk ckp,
'sy kena pakai seluar slack jgk sbb keje sy ni xleh pakai jeans'
sy gelak..
sy x suruh pn awk pakai seluar jeans..
sy ckp sy yg suka pakai seluar jeans..
lps tu awk selalu pakai seluar jeans..
hahaha..

awk igt lg x,
sy ckp sy suka mkn coklat cadbury..
satu hr awk call sy,
awk ckp awk tgh mkn coklat cadbury..
awk nk bljr mkn coklat cadbury..
awk ckp sedap..
hehehe

itu antara kenangan yang aku selalu nak nangis bila di ingat2 blk....sakit..bkn coklat cadbury je ak xleh tgk...PIZZA,KFC,MC DONALD,KENNY ROGER ROASTERS, ROTI BOY, ALAMANDA, ADNAN SEMPIT dan mcm2 lagi la..serius nak nangis kalau igt sume tu.. tapi aku takleh ikut perasaan..aku kene kuat..buat apa aku nak buang masa utk org yg dah tipu aku hidup2...life must goes on okey...

    "maaflah awak,
sy kena lupakan awak..
sy terpaksa tipu awak yg sy dah tak igt kt awk..
sy terpaksa..
sy dah taknak kita masing2 hidup dlm kngn kita..
awk dh ada khdpn awk..biarlah sy cari khdpn sy plak..
sekarang awak dah jauh dari sy..
awk takkan dpt cari sy lagi dah..
sy pun taknak cari awk lg dah..
sy taknak taw pun awk pindah mana..
sy taknak taw..."


SATU HARI nanti kau akan MENANGIS untuk aku seperti aku menangis untuk kau,
SATU HARI nanti kau akan MERINDUI aku seperti aku merindui kau,
SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN aku seperti aku memerlukan kau,
SATU HARI nanti kau akan MENCINTAI aku TAPI aku tak mungkin mencintaimu lagi

Sabtu, 3 September 2011

CORETAN AIDILFITRI


KEMAAFAN AIDILFITRI


salam aidilfitri buat semua umat Islam yang meraikan 
hari lebaran....
maaf,lambat...
~tak pe..raye kan sebulan...^_^
gembira dengan kedatangan aidilfitri
tapi sedih bila ramadhan al-mubarak telah pun pergi
meninggalkan kita...
ramadhan,
moga kita bertemu lagi tahun hadapan...
daku merinduimu ya ramadhan...

so,
amacam hari raya anda?
tentu meriah kan..
saya,
alhamdulillah...
so far,aidilfitri tahun ni
cukup bermakna..
syukur kepada Allah s.w.t
krn telah mengembalikan semula
kebahagiaan itu...
tapi raya pertama je best..
raya kedua dah sunyi sepi cz
kakak2 & abang saya
beraya ke rumah mertua diorg plak...

tapi,
ade jugak sedikit kekesalan
coz raye pertama saya x sama
mcm thn lepas...
thn nie, x dapat berkumpul
bersama kwn2 sepermainan saya..
diorang sume blk kg...

raya tahun ni
adalah tahun pertama saya 
beraya dgn duit poket sy sendiri..
duit gaji pertama...
alhamdulillah,
dpt bg duit raya lebih sikit 
utk ank2 buah tersayang,
utk anak2 murid,
utk sepupu,
utk budak2 dtg beraya..
seronok..
pengalaman pertama saya ni...
sbb sblm ni saya yg dpt duit raya..
tp thn ni turn sy bg duit raya...
mmg sweet...

tapi,
kemeriahan hari raya 
makin lama makin hilang..
kemeriahan raya dah hilang sengat..
tak macam masa kita kecik2 dulu kan..
kalau dulu,mmg terasa sgt suasana raya..
suasananya x sama dgn hari2 lain...
bila tiba time raya je,
mesti teringat kenangan beraya zaman kanak-kanak..
alahai....
tp yg dah berlalu tak kan berulang lagi kan..

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...




Ahad, 14 Ogos 2011

SINGGAH RAMADHAN

SALAM RAMADHAN buat semua...
hari nie adalah hari yang ke-14 umat ISLAM berpuasa. 
Alhamdulillah...
dapat juga kita bertemu lagi 
dengan bulan yang penuh keberkatan pada tahun ini. 
bersama-samalah kita memanfaatkan keberkatan 
yang kita hanya dapat temuinya sekali setahun....
~BEKERJA & BELAJAR~
alhamdulillah,
tahun ini adalah tahun pertama
saya meraikan ramadhan sbg seorg 'pekerja'..
bkn lg student...
byk bezanya..
pada hari pertama ramadhan,
saya rasa syahdu yang amat sgt..
terasa rindu sgt pada keluarga
yg jauh dimata..
terbayang2 kenangan suasana berbuka
bersama keluarga tercinta..
tapi terpaksa tahan rasa sebak..
sebab,saya dah tanamkan dalam jiwa,
'saya jauh demi keluarga'..
kenapa?
sebab saya berjauhan demi mencari rezeki...
untuk siapa?
untuk diri sendiri dan juga keluarga..
lagi?
utk agama,bangsa dan negara..
kenapa mcm tu?
sy berkhidmat utk mendidik insan
supaya benar2 menjadi manusia 
yang sebenar2 nya manusia...
terbayang juga kenangan
suka duka menyambut ramadhan
bersama dgn rakan2 ketika di UPSI dulu..
syahdu,tp ada kwn2 yg menceriakn suasana..
sentiasa bersama mengharungi suka duka..
pergi bazar ramadhan sama2..
berbuka dan bersahur  bersama2..
berterawih bersama2...
itu semua yg saya tak dapat lakukan skrg...:)
jd,saya rasa rindu sgt pengalaman 
berpuasa di UPSI..

BERBUKA DI RUMAH
sesuatu yg menjadi idaman setiap insan,kan?
alhamdulillah jugak
sbb berpeluang berpuasa di rumah 
bersama keluarga tersyg 
pada kali ini..
walaupun pada hari pertama ramadhan
sy terpaksa berpuasa di 'rantau org'...
mggu ke-2 ramadhan baru berpeluang...
apa yg boleh saya katakan,
~S.E.R.O.N.O.K~
dpt jgk rasa masakan mak..
yg sudah tentunya paling sedap buat seorang anak...
walaupun dpt berbuka bersama cuma 2 hari je..
tp syukur jugak dari tak berpeluang langsung...


ok la,
cukup setakat ini entry saya
utk kali ini..
moga bertemu lagi lain kali
dalam entri yg entah bila pulak...
salam ramadhan...


************************
DI SINI SAYA TINGGALKAN SEDIKIT MADAH :
~jgn ditangisi apa yg telah pergi dr hidupmu meskipun itu yg terbaik bg mu krn Allah telah menjanjikan yg lebih baik dr itu~
~ketika keinginan tak sesuai dgn kenyataan,maka belajarlah berlapang dada krn Allah tahu apa yg terbaik utkmu..
~bila kegagalan itu bagaikan HUJAN dan kejayaan bagaikan MATAHARI,maka kamu perlukan kedua-duany untuk melihat PELANGI...
~Allah tidak memberikan org yg kamu inginkan tapi Allah berikan org yg kamu perlukan...
 
 
 
 

Isnin, 4 Julai 2011

MALAYSIA vs TAIWAN


GooD MorninG GuyS ~ ^_^
and have nice day ya...
ceriakan hari anda bermula dengan senyuman
di pagi hari.....
amacam pagi ni???
ceria or bad mood?
maklumlah semalam kan pasukan kesayangan kita
"HARIMAU MALAYA"
tewas 2-3 dengan pasukan Taiwan..
jangan sedih2...
pasukan kita dah main dgn sebaik mungkin..
                                                      tapi yang geram pengadil semalam
nampak sangat berat sebelah...
bak kata org kampung saya,
"napok ngak maing ngelat..dok koloh kali gak..."
geram, sakit hati kesal!!!
pemain dah ok,
datang pulak pengadil berat sebelah!
aduhaiiii...
so, kekalahan semalam, pemain tak boleh
dipersalahkan 100%..
tengok aje masa lwn kt bukit jalil..
mantap kan?????

teruja tengok..
awal2 lagi dah gol..
pada minit ke-7,
penyarung jersi no 7
menjaringkan gol yang cantik..
siapa lagi
"AIDIL ZAFUAN ABDUL RADZAK"
good job!!!
tuah no.7...
lepas tue, si hero kapten
"SAFIQ RAHIM"
mempamerkan kehebatan...

perasan tak,
pemain yg sama je yg jaringkan gol
masa Malaysia lwn Taiwan..?
masa kt Bukit Jalil,
mula2 Safiq Rahim yang jaringkan gol..
then, Aidil zafuan lak..
Malam semalam,
Aidil Zafuan yg membuka gol
di ikuti oleh Safiq rahim..
hebat....

apapun,bg aku
Taiwan menang sebab nasib je..
nasib baik dorg dapat refree
yang lebihkan diorang..
jatuh sikit depan kotak penalti,
dapat sepakan percuma..
tapi bila pemain Malaysia jatuh depan kotak penalti
tak ada pulak dia nak bg sepakan percuma...
lain kali, cari lah pengadil mat saleh ke..
yang bukan dari Asia..
koya molek lah pengadil..
apa pun,
MALAYSIA tetap mara...
jumpa Singapura pulak..



HaHaHaHaHaHaHaHa.....
pelik kan.
aku girl, tp sibuk je cakap pasal bola..
huhu...
aku tak minat sgt bola ni..
tapi pernah join futsal masa zaman belajar dulu..
pernah gak wakil kolej..
sebab dulu subjek kokurikulum aku subjek Futsal..

tapi...
aku layan bola sepak bila ada
pasukan negeri aku & pasukan Malaysia yg main..
piala dunia aku tak layan sgt pun...
sebab x de Malaysia..
hope 2014 Malaysia tercalon..
(berangan..tp berharap sgt jd kenyataan..)

ok guys...
see you next en3 okay...
anyway, wish u all have a nice day...

jalani hidup ini umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi,
dan beribadatlah umpama kita akan mati esok hari....

maaf dipinta jika ada terkasar bahasa..
sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH s.w.t
dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..


Ahad, 3 Julai 2011

KENAPA WARGA TUA DIBIARKAN NAIK BAS SENDIRIAN???



salam....
korang pernah nampak tak warga tua naik bas sorang2 tanpa teman? ape punya soalan da aku nie....dah taw sorang mestilah tak berteman kan... HaHaHaHa..
aku tak boleh lah tengok warga emas naik bas ke, pegi bandar ke or naik teksi ke sorg2. rasa sedih je. tak sampai hati. mula ah aku terfikir mana pegi ank or waris dorg? kenapa sanggup biarkan mak bapak yang dah tua ke sana sini sorg diri. naik bas plak tu..nak2 lagi kalau naik bas henti2 yang nak kena berhimpit2...

sebenarnya, aku nak ceritakan tentang kisah benar yang pernah aku alami bulan lepas. masa tue, aku on the way nak pegi rumah kakak aku. aku naik bas dari satu tempat (tempat dirahsiakan) untuk ke rumah kakak aku tue. masa naik bas, bas seat banyak dah penuh. aku pun ambik seat paling depan sekali. dah puas termenung kat dalam bas, hatiku tiba2 terusik bila aku nampak ade sorg nenek tiba2 tahan bas yang aku naik ni. dengan terketar2 dan bersusah payah akhirnya nenek ni naik. hati aku terus tertanya nape nenek ni dibiarkan naik bas sendiri sorg2? mana anak2 dia? kebetulan kat sebelah aku ada orang. mujurlah nenek ni dapat tempat duduk. dia duduk kat belakang aku. sampai kat satu tempat, uncle yang duk sebelah aku pun turun. nenek tadi pun bangun dan duduk kat sebelah aku. dia nak bayar tamang rupanya. aku pandang nenek sebelah dgn ekor mata je. nak pandang lebih2 nanti apa pulak kata dia.

memang tersentuh hati aku bila aku tengok pakaian nenek tu yang dah lusuh, dgn bawak 2 biji beg yg mmg dah lusuh. dengan tangan terketar2 dia nak bayar tambang.aku terkejut tengok dia nak bayar tambang dengan not RM50. aku pun cepat2 pegang tahan dia. aku cakap,"mak cik nak bayar tambang ke?" dia pun cakap, "ye, wan nak bayar tambang nie". aku pun tak bagi la..duit besar sgt sedangkan tambang berapa je. aku cakap la aku tolong bayarkn. mula2 dia menolak gak tp bila aku pujuk dgn disokong oleh makcik yang kt seat sblh tue, akhirnya nenek tue biarkan aku yg bayar. dia ucp terima kasih...

then, makcik yg  duk seat sebelah sana tue pun bertanya la dgn nenek tue, (antara dialog dia lebih kurang macam ni),
makcik sebelah : makcik buat apa kat situ?
nenek : pergi rumah anak..
makcik sebelah : ooo...anak keje ke?
nenek : ye.keje kat sana..keje________..
terus terdetik kat hati aku kenapa lah anak yg dah berjawatan sanggup biarkan mak balik sendiri. padahal bukan nya jauh sgt pun. nak hantar mak dia ke rumah tak sampai sejam pun.

tak lama lepas tue, nenek tue terbatuk2..aku cuba gosokkan belakang dia. nenek tu pun keluarkan air. aduh...bertambah berat & sayu hati ini tengok keadaan botol  air mineral  tu. botol mineral  'sea master' yg dah tak nampak rupa. macam yg ade kt tepi2 jalan. maaf, aku bkn nak menghina tp nak beri gambaran keadaan botol mineral yg nenek tu guna..tak kan botol air pun tak boleh nak beli untuk mak. nenek tadi minum air perlahan2. kemudian, dia ambik kertas yang dah renyuk lapkan mulut dia. aku sedih tgk  keadaan nenek tersebut dan aku tengok makcik yg duk seat sblh tue pun sedih.

masa nenek tue nak turun, makcik seat sebelah tue tnya lagi kat nenek tue, "makcik selalu ke naik bas macam nie?" nenek tue angguk. dia cakap dah selalu. makcik sblh tue cakap lagi, saya yg masih gagah ni pun tak berani naik bas sorg2.. nenek tue senyum je. dengan ketar2 nenek tue bangun nak turun. sedih betul aku tengok. air mata rasa macam nak melelh je tp aku tahan. tp, jauh dr sudut hati aku memang aku kagum dengan semangat nenek tadi. tp dalam masa yg sama ada rasa kesal dengan anak2 nenek tue...

aku bukan berniat nak burukkan sesiapa dan aku bukan nak jatuhkan maruah sesiapa..sekadar nak berkongsi. mana yg buruk jadikan teladan...sekadar pengajaran dan peringatan buat diri aku sendiri dan sesiapa yg baca entri aku kali ni..

ingat lah, tinggi mana pun darjat  kita,kita janganlah lupakan jasa mak kita krn jasa mak lebih tinggi dr darjat kita skrg. krn tangan lembut mak kita besarkan kita lah, kita dapat pegang status dan jawatan tinggi..

*ya ALLAH, jauhkan aku dan adik beradikku dari sikap alpa dan sombong diri....jgn jadikan kami anak derhaka....aminnnn....

* tak dpt nak bygkan hidup tanpa kedua ibu bapa krn kehidupan kita bermula dgn ibu dan ayah,...