Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Ahad, 18 Oktober 2009

"SALAM TERAKHIR"

Malam tadi,aku baru je tengok citer ‘Salam Terakhir’ lakonan Rosyam Nor, Adi Putra, Zaryn Min & ramai lagi la.. aku tegok ngan Niza..Bagi aku, citer nie memang best sangat. Memang menyentuh perasaan. lagi2 dalam cerita nie ade hero kegemaran aku yang berlakon..sape gi..rosyam nor yang ensem tu ar..hahaha... Citer nie sebenarnya cerita yang ditayangkan pada malam raya hari tue tapi masa tue aku tak dapat tengok sebab anak2 buah aku nak tengok cerita Pocong 3 kat channel Citra. Mula2 marah jugak aku kat anak buah aku tue. Ye la, cerita kat Astro boleh tgk bile2 mase je. Hari nie dia tayang, esok ade lagi. Kalau kat channel lain, hari nie tayang, tahun depan la dapat tengok plak. Tapi, aku malas la nak marah2, gadoh lebih2 ngan anak buah aku tue. Lagipun, aku fikir mesti ada kat Youtube nie. So, baik tengok kat Youtube je la. Ape lagi, aku pun download la cerita nie kat Youtube nie. Punye la susah aku nak tengok cerita nie. Da la malam raya tue tak dapat tengok. Nak download lak susah. Intenet bukan main slow lagi. Mengalahkan kura2 jeh!dah download, tak complete lak tuh. Pas tu, loading je kat Youtube tu. Loading pun lembab giler.. suruh lela download tapi lain jadinye..last sekali, aku suruh Kak Pah download. kak ah pun download la. bile dah siap aku pun nak gi ambik la.tapi, laptop kak pah pulak baru di format. abis semua hilang. kee downoad baik.pas tu, baru semalam dapat tengok..banyak betul halangan yang terpaksa aku tempuhi semata2 nak tengok cerita nie…huhuhuuuu….


Cerita nie sedih giler. Sampai menangis aku & niza dibuatnya. Kisahnya pasal pengorbanan seorang abang menjalankan tanggungjawabnya selepas kematian mak dan ayahnya. Tapi adik2 dia semua tahu buat hal je.duk berebutkan harta la. Cuma adik angkat dia je yang baik. Yang lain,huhhhhhh….macam2 hal. Last sekali, bila abang dia meninggal baru diorang nak sedar. Baru nak menyesal.. Tapi masa tue dah terlambat. Memang sedih ar cerita nie. Tapi, aku pernah terbaca satu artikel kat paper. Ade la sorg wartawan nie cakap, dia muak macam nak muntah je duk tengok cerita2 air mata malam raya tue. Dia cakap sepatutnya penerbit hidangkan cerita2 yang seronok2.. Nak tergelak aku baca..naik menyampah pun ada. Ada ke dia cakap peminat lebih suke tengok cerita2 yg hepy2. Mana ade. Ramai je yang suke ngan cerita2 macam tue.. Ramai yang bagi respon positif dengan cerita2 macam tue (konon2nya drama air mata la).. itu maknanya cerita2 air mata nie masih orang suka la. Kalau kita sorg je yang tak suka, jangan la cakap mewakili semua orang..ish..ish… Memang la, nak sambut raya mesti seronok2 tapi kita kena beringat2 jugak. Jgn fikir nak seronok aje. Cerita sedih2 nie bukannya hiburan kosong semata2. Banyak jugak pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar dalam kehidupan kita. Tak mustahil apa yg ada dalam cerita tue berlaku jugak dalam kehidupan reality kita nie. Kat dunia nie jangan fikirak seronok je. Dunia nie hanya keseronokan yang memperdayakan. Bukannyanak suruh kita menangs berhari2. Cukup sekadar untuk renungan. Lagipun, manusia nie kebanyakannya kalau berseronok tak hengat dunia!! So, berseronok ala kadar je la..huhu..



Bila tengok cerita ‘Salam Terakhir’ nie, aku teringak jugak kat my sibling.. Kitorang pon selalu je gadoh. Asal jumpe je, duk kumpul ramai2, mesti gaduh. Tapi tak la macam dalam cerita nie. Tue bukan gadoh tapi bermusuh. Kitorang adik beradik takde la sampai bermusuh. Gadoh2 lepas tue baik balik..nama da adik beradik.bak kata pepatah, air dicincang takkan putus..carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua....so, sape yg tak tengok lagi cerita ‘Salam Terakhir’ tue, aku syorkan korang tengok..huhu..

0 ulasan: