Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Isnin, 4 Julai 2011

MALAYSIA vs TAIWAN


GooD MorninG GuyS ~ ^_^
and have nice day ya...
ceriakan hari anda bermula dengan senyuman
di pagi hari.....
amacam pagi ni???
ceria or bad mood?
maklumlah semalam kan pasukan kesayangan kita
"HARIMAU MALAYA"
tewas 2-3 dengan pasukan Taiwan..
jangan sedih2...
pasukan kita dah main dgn sebaik mungkin..
                                                      tapi yang geram pengadil semalam
nampak sangat berat sebelah...
bak kata org kampung saya,
"napok ngak maing ngelat..dok koloh kali gak..."
geram, sakit hati kesal!!!
pemain dah ok,
datang pulak pengadil berat sebelah!
aduhaiiii...
so, kekalahan semalam, pemain tak boleh
dipersalahkan 100%..
tengok aje masa lwn kt bukit jalil..
mantap kan?????

teruja tengok..
awal2 lagi dah gol..
pada minit ke-7,
penyarung jersi no 7
menjaringkan gol yang cantik..
siapa lagi
"AIDIL ZAFUAN ABDUL RADZAK"
good job!!!
tuah no.7...
lepas tue, si hero kapten
"SAFIQ RAHIM"
mempamerkan kehebatan...

perasan tak,
pemain yg sama je yg jaringkan gol
masa Malaysia lwn Taiwan..?
masa kt Bukit Jalil,
mula2 Safiq Rahim yang jaringkan gol..
then, Aidil zafuan lak..
Malam semalam,
Aidil Zafuan yg membuka gol
di ikuti oleh Safiq rahim..
hebat....

apapun,bg aku
Taiwan menang sebab nasib je..
nasib baik dorg dapat refree
yang lebihkan diorang..
jatuh sikit depan kotak penalti,
dapat sepakan percuma..
tapi bila pemain Malaysia jatuh depan kotak penalti
tak ada pulak dia nak bg sepakan percuma...
lain kali, cari lah pengadil mat saleh ke..
yang bukan dari Asia..
koya molek lah pengadil..
apa pun,
MALAYSIA tetap mara...
jumpa Singapura pulak..



HaHaHaHaHaHaHaHa.....
pelik kan.
aku girl, tp sibuk je cakap pasal bola..
huhu...
aku tak minat sgt bola ni..
tapi pernah join futsal masa zaman belajar dulu..
pernah gak wakil kolej..
sebab dulu subjek kokurikulum aku subjek Futsal..

tapi...
aku layan bola sepak bila ada
pasukan negeri aku & pasukan Malaysia yg main..
piala dunia aku tak layan sgt pun...
sebab x de Malaysia..
hope 2014 Malaysia tercalon..
(berangan..tp berharap sgt jd kenyataan..)

ok guys...
see you next en3 okay...
anyway, wish u all have a nice day...

jalani hidup ini umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi,
dan beribadatlah umpama kita akan mati esok hari....

maaf dipinta jika ada terkasar bahasa..
sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH s.w.t
dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..


Ahad, 3 Julai 2011

KENAPA WARGA TUA DIBIARKAN NAIK BAS SENDIRIAN???



salam....
korang pernah nampak tak warga tua naik bas sorang2 tanpa teman? ape punya soalan da aku nie....dah taw sorang mestilah tak berteman kan... HaHaHaHa..
aku tak boleh lah tengok warga emas naik bas ke, pegi bandar ke or naik teksi ke sorg2. rasa sedih je. tak sampai hati. mula ah aku terfikir mana pegi ank or waris dorg? kenapa sanggup biarkan mak bapak yang dah tua ke sana sini sorg diri. naik bas plak tu..nak2 lagi kalau naik bas henti2 yang nak kena berhimpit2...

sebenarnya, aku nak ceritakan tentang kisah benar yang pernah aku alami bulan lepas. masa tue, aku on the way nak pegi rumah kakak aku. aku naik bas dari satu tempat (tempat dirahsiakan) untuk ke rumah kakak aku tue. masa naik bas, bas seat banyak dah penuh. aku pun ambik seat paling depan sekali. dah puas termenung kat dalam bas, hatiku tiba2 terusik bila aku nampak ade sorg nenek tiba2 tahan bas yang aku naik ni. dengan terketar2 dan bersusah payah akhirnya nenek ni naik. hati aku terus tertanya nape nenek ni dibiarkan naik bas sendiri sorg2? mana anak2 dia? kebetulan kat sebelah aku ada orang. mujurlah nenek ni dapat tempat duduk. dia duduk kat belakang aku. sampai kat satu tempat, uncle yang duk sebelah aku pun turun. nenek tadi pun bangun dan duduk kat sebelah aku. dia nak bayar tamang rupanya. aku pandang nenek sebelah dgn ekor mata je. nak pandang lebih2 nanti apa pulak kata dia.

memang tersentuh hati aku bila aku tengok pakaian nenek tu yang dah lusuh, dgn bawak 2 biji beg yg mmg dah lusuh. dengan tangan terketar2 dia nak bayar tambang.aku terkejut tengok dia nak bayar tambang dengan not RM50. aku pun cepat2 pegang tahan dia. aku cakap,"mak cik nak bayar tambang ke?" dia pun cakap, "ye, wan nak bayar tambang nie". aku pun tak bagi la..duit besar sgt sedangkan tambang berapa je. aku cakap la aku tolong bayarkn. mula2 dia menolak gak tp bila aku pujuk dgn disokong oleh makcik yang kt seat sblh tue, akhirnya nenek tue biarkan aku yg bayar. dia ucp terima kasih...

then, makcik yg  duk seat sebelah sana tue pun bertanya la dgn nenek tue, (antara dialog dia lebih kurang macam ni),
makcik sebelah : makcik buat apa kat situ?
nenek : pergi rumah anak..
makcik sebelah : ooo...anak keje ke?
nenek : ye.keje kat sana..keje________..
terus terdetik kat hati aku kenapa lah anak yg dah berjawatan sanggup biarkan mak balik sendiri. padahal bukan nya jauh sgt pun. nak hantar mak dia ke rumah tak sampai sejam pun.

tak lama lepas tue, nenek tue terbatuk2..aku cuba gosokkan belakang dia. nenek tu pun keluarkan air. aduh...bertambah berat & sayu hati ini tengok keadaan botol  air mineral  tu. botol mineral  'sea master' yg dah tak nampak rupa. macam yg ade kt tepi2 jalan. maaf, aku bkn nak menghina tp nak beri gambaran keadaan botol mineral yg nenek tu guna..tak kan botol air pun tak boleh nak beli untuk mak. nenek tadi minum air perlahan2. kemudian, dia ambik kertas yang dah renyuk lapkan mulut dia. aku sedih tgk  keadaan nenek tersebut dan aku tengok makcik yg duk seat sblh tue pun sedih.

masa nenek tue nak turun, makcik seat sebelah tue tnya lagi kat nenek tue, "makcik selalu ke naik bas macam nie?" nenek tue angguk. dia cakap dah selalu. makcik sblh tue cakap lagi, saya yg masih gagah ni pun tak berani naik bas sorg2.. nenek tue senyum je. dengan ketar2 nenek tue bangun nak turun. sedih betul aku tengok. air mata rasa macam nak melelh je tp aku tahan. tp, jauh dr sudut hati aku memang aku kagum dengan semangat nenek tadi. tp dalam masa yg sama ada rasa kesal dengan anak2 nenek tue...

aku bukan berniat nak burukkan sesiapa dan aku bukan nak jatuhkan maruah sesiapa..sekadar nak berkongsi. mana yg buruk jadikan teladan...sekadar pengajaran dan peringatan buat diri aku sendiri dan sesiapa yg baca entri aku kali ni..

ingat lah, tinggi mana pun darjat  kita,kita janganlah lupakan jasa mak kita krn jasa mak lebih tinggi dr darjat kita skrg. krn tangan lembut mak kita besarkan kita lah, kita dapat pegang status dan jawatan tinggi..

*ya ALLAH, jauhkan aku dan adik beradikku dari sikap alpa dan sombong diri....jgn jadikan kami anak derhaka....aminnnn....

* tak dpt nak bygkan hidup tanpa kedua ibu bapa krn kehidupan kita bermula dgn ibu dan ayah,...