lama sudah saya tinggalkan laman blog contengan hati ni.dah bersawang pu.n. bukan bermakna saya sudah meninggalkan dunia blogger ini walaupun saya tahu blog personal bukan lagi trending masa kini tapi bagi saya ia masih lagi bererti buat saya sendiri sbb kadang2 disinilah tempat untuk meluahkan sesuatu dan tempat untuk berkongsi pandangan.cuma kadangkala untuk memeriahkan blog personal memerlukan masa yg agak panjang.masa untuk kerahkan idea untuk mencari entry yg sesuai untuk dipostkan. tapi sy akan curi masa yg sesuai utk berkongsi sesuatu di blog ini..
skrg baru sahaja habis tempoh bercuti selama seminggu untuk warga sekolah..bila ditanya tentang mood sudah tentu lah jawapannya rasa mcm nak sambung cuti tapi demi tugas,kenalah ceriakan mood yg dah lemau..walaupun hakikat sebenarnya hati dan perasaan masih lagi di kampung...,
seminggu bercuti di kampung bersama keluarga bagaikan masih belum cukup..hati seolah2 meronta2 sewaktu berpisah dgn mereka..jiwa saya dekat dgn mereka..cukup saya katakan yg saat ini SAYA RINDUKAN MEREKA...