Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Jumaat, 4 September 2009

HATI..

Sekeping hati…penuh rahsia..hati tak menunjukkan apa yang kita rasa. Hati kita, hanya kita & Allah sj yg tahu. Hati kita, hanya kita yg tahu nak jaga.
Org selalu cakap, “sy berusaha utk jg hati awk”, “aku akan jg hati ko”, tapi adakah akan terjaga 100%? 50% pun belum tentu boleh jaga hati kita sebaik mungkin..
Orang tak tahu hati kita mcm mana. Bertahun bersama belum tentu dpt selami hati kita.
Hati kita terguris sekalipun, org tak tahu dalam mana ia terguris.
Hati kita terluka, org tak tahu parah mana ia terluka.
Hati kita tercalar, org tak tahu sampai bila kesan calar itu boleh hilang.
Org tak tahu bila hati kita akan sembuh..
mungkin sekejap, mungkin bertahun atau mungkin selama-lamanya tak kan sembuh..
Hati kita menangis, tak de sape yg dpt dengar.
Org tak tahu dan org tak kan tahu..
Luar nampak okey tapi kat hati tak de sape dpt fahami..
hati kita menjadi rahsia hidup kita..
kat luar kita tersenyum, tapi kat hati kita mengeluh.
Kat luar kita bergembira bergelak ketawa tapi kat hati kita menangis..
kita cuba sedaya nak jaga hati semua pihak tapi memang diakui betapa susahnya nak jaga hati banyak pihak.
Nak fikir hati sendiri, hati org lain.
Memang susah!!
Sebab tue hati kita pun tak de org nak jaga, tak de org nak ambik peduli sbb semua org tak tahu nak jaga hati kita dan kita pun tak tahu nak jaga hati org..
semua org akan cakap, susah nak jg hati org, susah nak ambik hati org..
bukan kita tak mahu jg, tapi kadang2 tak terjaga.
Kita tak faham org, org tak faham kita.
Lain lah kalau dapat yg sekepala ngan kita baru diorang boleh faham kita tapi mustahil dia akan tahu segala-galanya tentang hati kita.
Orang tak kan dapat selamai ke dasar hati kita walau lama mane kita kenal, walau rapat mana kita dgnnya, walau dekat mana dia dgn kita.
Walau siapa pun org tu, dia tak kan dpt fahami kita.
Mungkin org akan faham diri kita, perangai kita, sikap kita, tabiat kita tapi org tak kan faham hati kita..
sbb ada kalanya hati kita kata lain tapi sikap kita lain.
Hati dan sikap bertentangan.
Kat mulut cakap lain, kat hati cakap lain..sampai bila2 pun org tak dapat fahami hati kita..
kesimpulannya, kita hanyalah manusia biasa.
Kita bukan perfect sgt utk jg hati semua org.
kita tak perfect sgt nak hiburkan hati semua org n wat org gembira bila bersama kita…
kita bukan sape2 tuk buat org suka dan senang ngan kita..kita bukan perfect nak jaga hati semua insan di dunia ini…lain lah dengan hati ayam. Goreng campur kunyit pun sedap, panggang pun sedap, buat BBQ pun sedap..Buat sate pun sedap agaknya.. tapi, aku tak suka mkn hati ayam..sebab aku nak jaga hati ayam..huhuhuhuhu….
Rabu, 2 September 2009

RINDU ITU INDAH WAAUPUN PAHIT

Bagi aku rindu itu adalah satu perasaan yg boleh menjerut hati.. perasaan yg menyakitkan. Sebab tue kot, ade sesetengah org sampai nangis2 bila rindukan seseorang.. sebab ia sakit..hehe..dan ade jgk sampai yg jatuh sakit..bukan sakit tgn ke, kaki ke tapi sakit kat dlm..bahaya jgk penangan rindu nie ye..boleh buat org tak senang duduk..termenung sana, termenung sini..ade yg cakap sorg2..ade yg sampai tak boleh buat kerja sbb rindu sgt..ade yg tak lalu mkn..ishhhh..bahaya..bahaya..

tapi,salah ke kalau kita rindu kt seseorang?ape lak salah…tak salah kalau rindukan seseorang tapi biarlah berpada2. Jgn sampai memudaratkan diri sendiri. Kita tak boleh terlalu mengenangkan seseorang sampai memudaratkan diri sendiri. Cukuplah setakat kita rindu2 ingat je. Layan sikit2 je..kalau nak nangis pun, nangis puas2 masa rindu tue je pas tue ok lah kot. Ambik masa setengah jam ke, sehari ke..paling lame lah tue..jgn sampai melarat-larat berhari2 sampai seminggu,sebulan,setahun…naya kalau mcm tue. Tapi, tak salah jgk kalau kita rindukan seseorang tiap2 hari tapi jgn sampai tak buat kerja lain. Rindu2 normal je..haha..

tapi, susah kalau kita rindukan org yg dah tinggalkan kita..org yg dah tak ada kat dunia nie..aku ade sorg kwn. Ayah kpd kwn tue dah meninggal..aku igt lg,kalau tak silap aku sehari selepas arwah ayah dia dikebumikan dia ada SMS kat aku. Dia cakap, dia rindu sgt kat arwah,tak tau mcm mane nak gambarkan perasaan rindu tue.rindu sgt2…aku sedih sgt ms bc SMS tue..aku faham,betapa seksanya merindui org yg dah pergi..kalau rindu org yg ada lagi kat dunia nie lain sikit. Kalau kita rindu,kita boleh berusaha pegi jmpa org yg kita rindu tue,tak pun boleh lagi call ke,SMS ke, chat ke..

tp, kalau dgn org yg dah tak de,kita dah tak boleh nak berhubung lagi dah dgn dia..tak boleh bercakap dgn dia..tak boleh bergurau…tak boleh tgk muka dia..tak boleh tgk dia senyum..tak boleh lagi dgr suara dia..semua tue akan jd kenangan yg bermakna buat kita..tapi, kalau kita rindu dgn org yg dh takde,kita tak boleh melepaskan rindu dgn meratap kematiannya. Kita boleh hadiahkan bacaan Al-Fatihah dan Yasin utk dia. Sentiasa berdoa utk dia semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 soleh..

ermmm,aku tiba2 je rasa nak post psl rindu nie sbb aku rindu sgt2 kat mak, ayah, adik2 dan semua ahli keluara aku…rindu kat kwn2 kat kg halaman tue..rindu suasana kg halaman…rindu segala kenangan pahit manis dgn fmly tersayang dan kenangan suka duka bersama kwn2 kt kg…bila lagi dpt jumpa diorg semua..

tapi, yg paling UTAMA,yg paling PENTING…Yg paling INDAH…perasaan RINDU itu adalah RINDU kpd Junjungan Mulia Yg kita rindui,RASULLLLAH S.A.W melebihi perasaan rindu kita pada mak ayah kita..InsyaAllah…sentiasalah berselawat utk Baginda…