Sekeping hati…penuh rahsia..hati tak menunjukkan apa yang kita rasa. Hati kita, hanya kita & Allah sj yg tahu. Hati kita, hanya kita yg tahu nak jaga.
Org selalu cakap, “sy berusaha utk jg hati awk”, “aku akan jg hati ko”, tapi adakah akan terjaga 100%? 50% pun belum tentu boleh jaga hati kita sebaik mungkin..
Orang tak tahu hati kita mcm mana. Bertahun bersama belum tentu dpt selami hati kita.
Hati kita terguris sekalipun, org tak tahu dalam mana ia terguris.
Hati kita terluka, org tak tahu parah mana ia terluka.
Hati kita tercalar, org tak tahu sampai bila kesan calar itu boleh hilang.
Org tak tahu bila hati kita akan sembuh..
mungkin sekejap, mungkin bertahun atau mungkin selama-lamanya tak kan sembuh..
Hati kita menangis, tak de sape yg dpt dengar.
Org tak tahu dan org tak kan tahu..
Luar nampak okey tapi kat hati tak de sape dpt fahami..
hati kita menjadi rahsia hidup kita..
kat luar kita tersenyum, tapi kat hati kita mengeluh.
Kat luar kita bergembira bergelak ketawa tapi kat hati kita menangis..
kita cuba sedaya nak jaga hati semua pihak tapi memang diakui betapa susahnya nak jaga hati banyak pihak.
Nak fikir hati sendiri, hati org lain.
Memang susah!!
Sebab tue hati kita pun tak de org nak jaga, tak de org nak ambik peduli sbb semua org tak tahu nak jaga hati kita dan kita pun tak tahu nak jaga hati org..
semua org akan cakap, susah nak jg hati org, susah nak ambik hati org..
bukan kita tak mahu jg, tapi kadang2 tak terjaga.
Kita tak faham org, org tak faham kita.
Lain lah kalau dapat yg sekepala ngan kita baru diorang boleh faham kita tapi mustahil dia akan tahu segala-galanya tentang hati kita.
Orang tak kan dapat selamai ke dasar hati kita walau lama mane kita kenal, walau rapat mana kita dgnnya, walau dekat mana dia dgn kita.
Walau siapa pun org tu, dia tak kan dpt fahami kita.
Mungkin org akan faham diri kita, perangai kita, sikap kita, tabiat kita tapi org tak kan faham hati kita..
sbb ada kalanya hati kita kata lain tapi sikap kita lain.
Hati dan sikap bertentangan.
Kat mulut cakap lain, kat hati cakap lain..sampai bila2 pun org tak dapat fahami hati kita..
kesimpulannya, kita hanyalah manusia biasa.
Kita bukan perfect sgt utk jg hati semua org.
kita tak perfect sgt nak hiburkan hati semua org n wat org gembira bila bersama kita…
kita bukan sape2 tuk buat org suka dan senang ngan kita..kita bukan perfect nak jaga hati semua insan di dunia ini…lain lah dengan hati ayam. Goreng campur kunyit pun sedap, panggang pun sedap, buat BBQ pun sedap..Buat sate pun sedap agaknya.. tapi, aku tak suka mkn hati ayam..sebab aku nak jaga hati ayam..huhuhuhuhu….
0 ulasan:
Catat Ulasan