Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."


Selasa, 30 November 2010

♥ FORMULA CINTA ♥

Sebenarnya dalam dunia yang serba moden nie, belum ada lagi formula yang dapat menjelaskan cinta. Cinta itu terlalu subjektif. Sebab itulah munculnya ‘falsafah’ cinta yang mengatakan cinta itu buta, cinta tak kenal siapa, cinta tak kira usia, cinta monyet, cinta pandang pertama dan macam-macam lagi falsafah cinta yang ada di muka bumi ni. Sebab itu juga lah ada lelaki yang bermur 20 tahun kahwin dengan perempuan 30 tahun, perempuan 25 tahun kahwin dengan lelaki 55 tahun. Masing-masing sudah angau dilamun cinta. Soal usia tolak tepi lah kan. Ada juga yang bercinta 10 tahun tapi bila kahwin tak sampai setahun pun. Ada yang bercinta bagai nak rak tapi akhirnya kecundang di tengah jalan. Belum tentu jugak orang yang kita kenal bertahun-tahun, membesar bersama-sama dari kecil sampai ke besar akan membuatkan kita jatuh hati kat dia. Kita kenal lama tapi hati langsung tak terbuka untuk mencintai dia. Kita sayang kat dia dan tak sanggup kehilangannya tapi itu cuma perasaan sayang sebagai seorang sahabat. Dan kadang-kadang orang kita baru je kenal seminit sudah boleh buat kita jatuh hati padanya. Begitu juga dengan orang yang langsung kita tak kenal tapi cuma kenal nama yang disebut-sebut oleh orang tapi jauh di sudut hati kita, kita dah mula rasa sayang kat dia. Macam orang cakap, dia tak pernah hadir dalam hidup kita tapi dia ada di hati kecil kita. Biasanya, ini sesi orang tengah yang cuba nak menjodohkan kita lah.

Memang benarlah orang cakap cinta itu buta. Persoalannya, cinta yang buta atau kita yang buta hati buta mata sampai tak boleh nak menilai? Aku pernah terbaca artikel di akhbar perdana yang mengatakan kalau kita nak cari cinta sejati, kita tanya pasangan kita kenapa sukakan kita? Kalau pasangan kita cakap dia cintakan kita kerana kecantikan maka bila kita sudah tak cantik lagi adakah dia akan setia mencintai kita? Kerana kecantikan milik kita tak akan kekal lama. Kadang-kadang nikmat yang Allah kurniakan, kalau Dia nak tarik balik sekejap je kan. Jadi, bila ditakdirkan kita tak cantik lagi dah, apakah dia sanggup setia bersama-sama kita sedangkan dia mencintai kita kerana kita cantik. Kalau pasangan kita cakap, dia cintakan kita kerana kita berharta, sah-sah orang macam ni kena reject terus. Mata duitan! Mana boleh buat partner. Tak bahagia hidup. Kalau pasangan kita cakap dia cintakan kita kerana kita nie happy go lucky dan selalu buat dia rasa bahagia tapi bila hidup kita dirundung kesusahan, kita sedih, kta bad mood adakah dia akan terus sayang dan cintakan kita? Tapi, dalam akhbar tue cakap, kalau kita tanya kat pasangan kita kenapa dia cintakan kita tapi dia tak ada jawapan untuk jelaskan kenapa dia cintakan kita maka itulah cinta sejati kita kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang suci lahir tulus dari hati dia. Itulah perasaan dari hati dan naluri yang dikurniakan Allah. Itulah cinta yang ikhlas. Dia cintakan segala kebaikan dan kelemahan kita. Betul atau tidak wallahualam.. tapi kalau difikir-fikirkan memang ada benarnya.

Kita semua tahu kan, kalau nak cari jodoh nilailah pada 4 perkara iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama. Pilihlah dan cintailah dia kerana agamanya.. kerana itu yang akan buatkan hidup kita lebih bahagia. Pernah jugak ada seorang hamba Allah menitipkan nasihat yang mengatakan, kalau kita nak mencari pasangan, kalau belum ada apa-apa ikatan yang sah lagi tapi dia dah mula pegang-pegang kita maknanya dia tidak mencintai kita sepenuhnya sebab kalau seseorang itu terlalu mencintai kita sepenuh hati, dia tak kan pegang kita walau dengan sekali sentuhan pun kerana hak itu hanya untuk yang sah. Orang yang sayang dan cintakan kita dari hati yang tulus tidak akan menodai kita walau hanya dengan sentuhan. Kalau ada yang pegang-pegang dan buat perkara yang tak elok, itu maknanya dia cintakan kita kerana nafsu semata-mata. Ada jugak cikgu pernah berpesan, kalau masa bercinta kita tak jaga hubungan maka bila kita kahwin Allah tak jaga rumahtangga kita sebab masa bercinta kita selalu buat maksiat. Wallahualam…sama-samalah kita timbal balik..dan sama-samalah kita menginsafi diri. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah..

Pokok pangkalnya, ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan sudah tertulis untuk kita sejak azali lagi. Kita hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk menolak segala ketentuan dan rencana dari Allah s.w.t…. Kita bukannya insan yang sempurna untuk mencari pasangan yang sempurna. Tapi perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..♥



0 ulasan: