Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Khamis, 2 Disember 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG


Pernah tak kalian terfikir, kenapa kempen kibarkan Jalur Gemilang hanya dilaksanakan bila tiba musim kemerdekaan sahaja? Hari-hari lain tak perlu ke? Bagi aku, masyarakat kat negara nie perlu dipupuk untuk berasa bangga dan megah dengan identiti negara kita. Rakyat di negara kita jugak perlu digalakkan supaya sentiasa mengibarkan Jalur Gemilang tak kira bila dan di mana supaya timbul perasaan sayang akan negara kita sendiri. Dan bila tiba musim kemerdekaan bolehlah dipergiatkan lagi. Dengan cara nie, orang luar boleh lihat dan menilai betapa sayangnya kita pada negara. Dan dengan cara nie jugak kita boleh tunjuk dan buktikan pada orang luar bahawa mereka tak boleh sewenang-wenangnya nak pijak dan bakar Jalur Gemilang kita!! Jadi, tak perlu tunggu hari merdeka, hari-hari biasa pun patut kibarkan Jalur Gemilang okey!

Walau apa pun kaum dan agama yang kita anuti, Malaysia tetap tanah air kita dan jangan biarkan org luar sewenang-wenangnya merendahkan maruah negara kita! MALAYSIA BOLEH!!!!!!

0 ulasan: