Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Isnin, 25 Jun 2012

KEBAHAGIAAN SEORANG ANAK

kisah aku dan insan yang bergelar 'IBU'............


kebahagiaan seorang anak ialah apabila ia dapat membahagiakan hati kedua orang tuanya.. tak ada perasaan yang paling bahagia bagi aku bila aku tengok mak ayah aku bahagia... aku cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mak aku..

pada awal bulan januari 2010 m'beri satu tamparan hebat buat kami sekeluarga bila mak tiba2 sakit dada. masa tu,hanya aku ngan abang aku je yang ada kat rumah..mak aku sesak nafas..punya la cemas aku saat tu sebab aku ingat itu detik2 terakhir mak aku..sempat lagi aku menangis sambil memohon maaf dgn mak..alhamdulillah, mak tak apa2..tp mak aku dimasukkan ke hospital selama seminggu dan mak aku disahkan menghidap penyakit jantung.. ohh,dugaan apakah ini? dan sejak itu sampai sekarang, kami semua sedaya upaya tak nak bagi masalah kat mak..tak nak mak terlalu memikir sbb bila mak terlalu memikir sgt,mak akan sesak nafas.. sekarang, kalau ada apa2 masalah kami akan cuma luah kat ayah atau adik beradik je..

masa cuti pertengahan tahun baru-baru ni, mak aku cakap kat kami adik beradik,
"mak tak pernah pegi cameron..dlm byk2 tempat,mak teringin nak pegi sane.." masa tue,aku cakap "insyaAllah, ade la rezeki nanti kita pergi.." pdhl aku pun tak tahu bila aku boleh bawak mak aku pergi sana.. tp, jauh di sudut hati aku, aku berharap sgt aku dpt penuhi impian mak aku selagi mak aku masih bernafas..aku taknak aku pikul perasaan terkilan dan menyesal seumur hidup aku..

Alhamdulillah, syukur tak terkira bila aku kena m'hadiri mesyuarat kat Cameron Highland.. tanpa disangka peluang dtg depan mata..selepas seminggu mak aku cakap dia teringin nak pergi Cameron, akhirnya keinginannya diperkenankan Allah... syukran Ya Rabb, dpt jugak aku bwk mak aku pergi sana.. bukan mak je yg ikut,dua buah keluarga yang ikut..adik2 aku, dan keluarga abg ipar ikut sekali.. betapa gembiranya aku saat tu.. memang tak sabar2 aku nak pergi mesyuarat tu walaupun pada awalnya aku agak bengang jgk sebab mesyuarat tu sehari je tp kene pergi jauh2.. tp bila pikir hikmah disebaliknya, aku tersenyum jua akhirnya.... huhu

itulah percutian yang paling bermakna buat aku..aku boleh bawak mak,ayah,adik2,abg dan kakak aku bersuka ria kat cameron...asyik bergelak ketawa je..bahagia sgt..itulah satu kepuasan yg tak terkata bg aku.. lebih terharu, mak aku cakap kat aku masa kat Cameron "dulu budak ni la yg paling nakal masa kecik dulu, paling byk buat perangai tp sekarang budak nie la yang boleh mak merasa semua ni.."
hehehe...mak, itu dulu...saya belum matang..sekarang saya hanya cuma inginkan bahagiakan mak walaupun hati sy sekarang sedang terluka... [luka yg dicalari org lin]..

dulu mak dah tempuh mcm2 dugaan nak besarkan kami semua..mak dah bersusah payah berkorban utk kami semua..kami tahu, bukan senang p'jalanan hidup mak dulu..mcm2 dugaan mak harungi,macam2 tohmahan org mak dah telan.. dulu, ada org perli mak depan2..diorang cakap kat mak "mcm mane la kau besarkan anak..perempuan pulak semua tu..bkn sng nak besarkan anak perempuan,. macam jaga lembu 10 ekor.." bila dgr mcm tu, mak blk rumah dan nangis semahu-mahunya... tp sekarang, bkn aku nak b'lagak tp hakikat kami dh buktikan..anak2 mak yg ramai perempuan ni la yg dpt bg mak sedikit kesenangan dan org yg hina mak aku dah terima balasan dr Allah..Allah tunjukkan balasan tu kt anak perempuan dia.. itulah, kita jgn senang2 mengata kat org..kita tak tahu lagi kehidupan kita masa akan dtg..bukan kah org cakap HIDUP INI UMPAMA RODA?


dan bkn setakat tue cacian org mak telan..t'lalu byk..aku sendiri pun pernah kena ejek dgn kwn2..mengata mak aku sbb dulu mak aku t'paksa cari kerja sampingan nak besarkan kami..maklumlah, aku adik beradik ramai..masa aku tgh b'sekolah, aku ada 4 org adik lg..aku ngan kakak aku tgh bljr jgk lg..gaji peneroka dl bkn mcm sekarang..RM500 je sebln..mne cukup..itu slh satu sebab mak kerja..tolong ayh cr duit lebih.tp org tak faham..org tahu kutuk je..pernah aku nangis2 suruh mak aku b'henti kerja sbb aku tak tahan org perli aku..bodoh betul aku masa tu..tp,mak tahan je..mak sabar..

mak jugak pernah kene perli ngan org ms mak nak hantar anak2 masuk Universiti..org ckp kat mak "buat ape la nak hantar anak belajar tggi2,habiskan duit je..tgk aku,anak tak bljr tggi pun boleh bg aku duit..boleh jgk buat rumah besar2..." tp mak aku tak patah semangat sbb mak aku cakap "mak hantar belajar tggi2 bkn sbb nak suruh korang bg duit kat mak tp utk kesenangan kamu sendiri..." ye mak,kami faham...biarkan org nak kate apa..mak dah buat yg terbaik utk kami...paling terbaik dan kami tak mampu nak balas semua tue...

skrg, bila aku dah senang sikit, aku nak b'kongsi kesenangan tu ngan mak.... dah terlalu lama mak bersusah payah utk kami..dah terlalu byk kepahitan yg mak rasai utk berikan kehidupan yg terbaik utk kami...

"mak,
terima kasih sgt2...saya terlalu menyayangi mak lebih dr nyawa sy sendiri...

"mak,
kau adalah cahaya perjalananku..terang menyuluh segala yg tersembunyi..."

Isnin, 11 Jun 2012

BILA JARI JEMARI MENAIP

sudah lama rasanya aku tak menjengak 'contengan hatiku' ini. post terakhir aku pun bulan April..aku dah jarang update aku punya post. rakan-rakan blogger aku pun dah lama tak update diorang punya blog. kadang-kadang,aku gunakan blog aku ni sebagai medan untukku luahkan apa yang terpendam jauh di lubuk hati. kadang-kadang,orang nampak kita tersenyum bahagia tapi orang tak tahu betapa hati kita sarat menanggung luka. kadang-kadang,kita sesekali terasa inginkan seseorang untuk mendengar biacara hati kita. namun,kadang-kadang orang hanya mampu mendengar tapi tidak mampu untuk memahami...

itulah fitrah dalam kehidupan...penuh dengan metafora yang hanya mampu difahami oleh orang tertentu sahaja...

aku sekarang baru ada kekuatan untuk membelek 'contengan hati' ku ini..kalau dulu,bila aku buka blog aku, aku mesti nak baca post tentang peristiwa tu. bila baca aku sedih... tapi itu dulu.. sekarang tak lagi...

alhamdulillah..hari ini hari pertama sesi persekolahan setelah bercuti selama 2 minggu yang tentunya menyeronokkan bukan sahaja untuk murid tapi juga untuk cikgu..bagi aku,aku sangat menghargai cuti 2 minggu tersebut. puas hati dapat jumpa dengan semua adik beradik,anak saudara dan yang paling istimewa adalah kedua orang tuaku yang tersayang..syukran ya Rabb kerana memberi peluang dan kesempatan kpdku untuk bertemu dgn insan2 yang teristimewa dalam hidupku...terima kasih juga pada keluargaku tersayang, "kamu melengkapi kebahagiaan hidupku.."

tapi biasalah,bila dah lama bercuti mood nak mula kerja pun tak seindah mood nak bercuti..normal la kan..syok sangat menikmati keindahan tanah tumpah darah..walau ke mana pun kita pergi,hebat mana pun tempat yang kita akan tuju,hati tetap setia pada tanah tumpah darah..kampung halaman yang tercinta jugak yang kita rindui... bak kata orang "hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri...