Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Sabtu, 28 Julai 2012

URUSAN DERMA ORGAN HANYA DI KAKI LIMA??

'Contengan Hati' berconteng lagi.. kali ni entry pasal derma organ? ada ke sesiapa yang dah uruskan proses derma organ or apa2 yang berkaitan dengan derma organ??

kalau aku,derma darah pun tak pernah apatah lagi nak derma organ.. dulu pernah nak join derma darah tapi masa tu tak cukup syarat.. hu3.. kalau derma organ,jujurnya bg aku mcm takut sikit la..bg aku la..kalau org lain aku tak tahu la..atas pendapat masing-masing.

dan kisah yang aku nak share ni berkaitan derma organ..bg yang dah buat urusan derma organ,korang buat kat mana? pergi kat tempat yang sepatutnya atau sekadar di kaki lima?

ni kisah yang aku lalui masa hari pertama Ramadhan. memang betul-betul menguji kesabaran aku di bulan puasa.

al-kisahnya begini,aku temankan adik aku pergi ke bank kat seri kembangan. biasala,kat bank2 selalunya ada la dua tiga org duk menunggu.. derma la, apa la.. hari tu, aku ingat budak2 yang berserabut kat situ nak mintak derma sbb kebiasaannya macam tu.. sorang je keluar dari bank, mulalah ikut nak minta derma.. tp hari tu pelik sikit.. ada sorg budak ni ikut aku,panggil2 aku.. tapi aku geleng kepala. malas nak layan..tp dia still ikut aku.. aku dah mula naik rimas dah masa tu.. tak faham2 ke bdk nih,aku dah geleng kepala tu faham2 je la..tak yah nak pujuk2..tp,agak berasap jgk la bila dia dtg lg dekat ngan aku and cakap

"nape awk geleng, sy cuma nak minta derma buah pinggang. awak takde buah pinggang ke?"

perghhhh...aiiish, sakit betul hati aku kat budak tu. memang dah hangin la masa tu..aku terus pusing kt dia dgn muka aku yg memamg tak boleh laa and cakap "masalahnya saya tak nak berurusan dgn awak..faham! ape la.." sorry la , nada aku masa tu agak tak sopan..tp dah sakit sgt ati kat budak tu..lepas aku ckp mcm tu dia terus blah.

tapi, lepas tu aku tgk dia ikut sorang brother ni sampai kt kereta. siap tolong buka pintu kerete lagi. then, brother tu nak tutup pintu tu,dia siap pegang pintu kereta tu..tapi,tak berhasil..brother tu pun tak nak layan..

bukan nak menyombong sebenanrya tapi aku tak setuju dengan caranya tu..lebih baik berjaga-jaga kalau kita meragui sesuatu...
Jumaat, 27 Julai 2012

Drama Daun Ketupat Kering - Rosyam nor, Rita Rudaini, Fauziah Nawi DLL



salam ramadhan untuk semua pengunjung "Contengan Hati" yg beragama Islam.. Alhamdulillah... dah 7 hari kita berpuasa... ini lah saat2 yg ditunggu kita semua..semua tak sabar nak menyambut kedatangan ramadhan yg mulia ni... Alhamdulillah sbb kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dgn bulan yg penuh keberkatan ini.. Syukran Ya Rabb....

sempena Ramadhan ni byk drama2 best kat TV..kalau tahun lepas,aku suka tengok drama 'Syurgamu Ramadhan'...best cerita tu...

ok,aku saje je nak post tentang drama "Daun Ketupat Kering" lakonan Rosyam Nor, Rita Rudaini, Fauziah Nawi, Rusdy Ramli, Ezani Nizariff dan ramai lagi..Raye lambat lagi,tp saje je nak post...hehehe...drama ni satu2 nya drama yg mampu membuat ramai yg menangis.. begitu jgk dgn aku..first aku tgk cerita ni,mmg laju je air mata..ms tu tgk ramai2 ngan family..perghhhhh,sume nangis.. anak buah aku yang lelaki mase tu baru berumur 10 tahun  pon nangis...

lepas tu, aku try search kat youtube tapi takde..frust! bertahun-tahun aku seacrh tp tak jumpa jgk..and then, baru beberapa hari yg lepas aku jumpa..so,aku nak share ngan orang lain lak yg minat drama ni..aku dah post kt facebook,respon agak baik...my sis pon share kat FB die..friends die pun suke jgk..

now,aku post kat sini lak..biar yg lain2 pon dpt tgk jgk..

#aku dah try search drama "salam terakhir" lakonan Rosyam Nor jgk tp tak jumpa dah...
Ahad, 15 Julai 2012

KENANGAN DALAM HUJAN


petang ahad yang santai dan nyaman dengan hujan sedang mencurah-curah diluar sana menambahkan lagi kesejukan di bumi fraser..hujan lebat membasahi bumi secara tak langsung turut 'membasahi' kepalaku dengan momen2 yg indah yg pernah berlalu dalam hidup aku.. terutama sekali pd zaman kanak-kanak...terlalu banyak kenangan yang berkaitan dengan hujan..dan kerana hujan juga pernah bagi aku satu motivasi besar dalam hidup aku..

masa kecik2 dulu aku suka sgt waktu hujan..kalau kanak-kanak zaman skrg, sebut pantai, waterfall or waterpark barulah diorang excited..setakat hujan mungkin tidak memberi apa-apa makna...tak seperti zaman kanak-kanak aku pd sekitar tahun 90-an dulu..kami sgt teruja dengan hujan..lebih-lebih lagi kalau hujan turun tepat pada hari cuti..

masih aku ingat,bila hujan turun aku dgn adik aku mesti dah plan sesuatu..aku akn minta izin ayah aku nak mandi hujan..tapi takut2 sbb dulu ayah seorg yg tegas..tp titis2 hujan memaksa aku memberanikan diri utk minta izin ngan ayah..ayah diam je..org kata diam tanda setuju..tp aku takut jugak nak terus berlari dlm hujan..jd, aku ambil jalan mudah iaitu step by step... :)

nak tahu mcm mane step by step tu? mudah je..mula2 aku dgn adik aku berdiri je kt tepi or dpn rumah..kitorg akan tadah tgn main air hujan yg turun dari bumbung rumah..bila aku tgk ayh aku tak bg respond apa2,tu maknanya ayh aku tak marah la tu..kalau dia marah dah tentu dia suruh aku masuk rumah.so, bila dia buat tak tahu je itu bermakna dia tak marah la..dan apalagi,aku terus berlari-lari dalam hujan dengan riang hati.. :)

main dalam hujan nie tak puas kalau setakat berlari-lari je..kitorg pelbagaikan 'acara'.. :D
macam-macam kitorg main..main basikal dalam hujan..lepas tu sengaja masuk dalam lopak-lopak air dgn basikal..konon-konon mencabar la..lepas tu,kitorg suka jugak main 'tanam-tanam padi'..masa kecik dulu mana ada erti 'geli' dlm hidup. bila nampak lopak2 air dalam rumput,kitorg terus terjah.cabut2 rumput,konon-kononnya rumput tu padi dan lopak tu bendang..hahaha..

then,bila hujan dah mula nak reda tapi kitorg tak puas lagi main, kitorg buat-buat la menyanyi dgn suara tak sedap sbb org selalu cakap 'jangan nyanyi kalau suara tak best,nanti hujan turun..' so, kami nyanyi la sesumbang yang mungkin..biar hujan turun dgn lebih lebat lagi.. :D

tapi,main hujan sepuas-puasnya pun tapi kami tak ada plak demam ke ape..maklumlah,anak kampung..imun tinggi sikit la..hahaha.tapi,tu cerita masa kecik..apa yang tahu, hujan -> seronok..

dan hujan yang benar-benar memberi motivasi kat aku masa aku form 5..masa tu aku tggl kt asrama. weekend aku balik rumah. lepas tu,aku berat hati je nak balik asrama. memang aku mcm tu.dr dulu sampai skrg,kalau time balik rumah je bkn main excite tp bila nak kena balik semula ke asrama punya la badmood je. berbalik kpd cerita sebenar, dah aku dlm keadaan lemah tak bersemangat je tu,ayah aku pun cakap dia nak hantar aku..masa tu dengan motor je ayah hantar aku ke asrama yg ambil masa dlm 20-30 minit kalau naik motor..jarak dalam 25km..gila jauh kan..tp itu lah pengorbanan seorg ayah..

sedang dlm perjalanan tu,hujan turun dengan lebatnya,.habis basah lencun kami berdua. sepanjang jalan tu hanyalah ladang je..takde tempat berteduh..aku sedih sgt masa tu..disebabkan aku,ayah kena hujan..dlm pada tu la aku bertekad tuk balas balik jasa ayah...dan sekarang Allah dah makbulkan impian aku..syukran Ya Rabb...
Khamis, 5 Julai 2012

MUTIARA KATA 4

Buat Yang Sedang Terluka dan Yang Pernah Terluka....


Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada Ilahi adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari yang Maha Esa...

Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, redha dan bersedia memaafkan menjadi penawar yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan...

Allah mahu mendidik kita. Dia ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-Nya... yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati yang mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.. bersyukurlah andai kita memiliki hati yang sering dilukai krn dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai..
...........................................
janganlah kamu tangisi perpisahan kerana kegagalan bercinta krn pd hakikatnya jodoh itu bkn di tangan manusia..
atas kasih sayang Allah kamu dan dia bertemu dan atas limpahan kasih-Nya jua kamu dan dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi...