Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Ahad, 15 Julai 2012

KENANGAN DALAM HUJAN


petang ahad yang santai dan nyaman dengan hujan sedang mencurah-curah diluar sana menambahkan lagi kesejukan di bumi fraser..hujan lebat membasahi bumi secara tak langsung turut 'membasahi' kepalaku dengan momen2 yg indah yg pernah berlalu dalam hidup aku.. terutama sekali pd zaman kanak-kanak...terlalu banyak kenangan yang berkaitan dengan hujan..dan kerana hujan juga pernah bagi aku satu motivasi besar dalam hidup aku..

masa kecik2 dulu aku suka sgt waktu hujan..kalau kanak-kanak zaman skrg, sebut pantai, waterfall or waterpark barulah diorang excited..setakat hujan mungkin tidak memberi apa-apa makna...tak seperti zaman kanak-kanak aku pd sekitar tahun 90-an dulu..kami sgt teruja dengan hujan..lebih-lebih lagi kalau hujan turun tepat pada hari cuti..

masih aku ingat,bila hujan turun aku dgn adik aku mesti dah plan sesuatu..aku akn minta izin ayah aku nak mandi hujan..tapi takut2 sbb dulu ayah seorg yg tegas..tp titis2 hujan memaksa aku memberanikan diri utk minta izin ngan ayah..ayah diam je..org kata diam tanda setuju..tp aku takut jugak nak terus berlari dlm hujan..jd, aku ambil jalan mudah iaitu step by step... :)

nak tahu mcm mane step by step tu? mudah je..mula2 aku dgn adik aku berdiri je kt tepi or dpn rumah..kitorg akan tadah tgn main air hujan yg turun dari bumbung rumah..bila aku tgk ayh aku tak bg respond apa2,tu maknanya ayh aku tak marah la tu..kalau dia marah dah tentu dia suruh aku masuk rumah.so, bila dia buat tak tahu je itu bermakna dia tak marah la..dan apalagi,aku terus berlari-lari dalam hujan dengan riang hati.. :)

main dalam hujan nie tak puas kalau setakat berlari-lari je..kitorg pelbagaikan 'acara'.. :D
macam-macam kitorg main..main basikal dalam hujan..lepas tu sengaja masuk dalam lopak-lopak air dgn basikal..konon-konon mencabar la..lepas tu,kitorg suka jugak main 'tanam-tanam padi'..masa kecik dulu mana ada erti 'geli' dlm hidup. bila nampak lopak2 air dalam rumput,kitorg terus terjah.cabut2 rumput,konon-kononnya rumput tu padi dan lopak tu bendang..hahaha..

then,bila hujan dah mula nak reda tapi kitorg tak puas lagi main, kitorg buat-buat la menyanyi dgn suara tak sedap sbb org selalu cakap 'jangan nyanyi kalau suara tak best,nanti hujan turun..' so, kami nyanyi la sesumbang yang mungkin..biar hujan turun dgn lebih lebat lagi.. :D

tapi,main hujan sepuas-puasnya pun tapi kami tak ada plak demam ke ape..maklumlah,anak kampung..imun tinggi sikit la..hahaha.tapi,tu cerita masa kecik..apa yang tahu, hujan -> seronok..

dan hujan yang benar-benar memberi motivasi kat aku masa aku form 5..masa tu aku tggl kt asrama. weekend aku balik rumah. lepas tu,aku berat hati je nak balik asrama. memang aku mcm tu.dr dulu sampai skrg,kalau time balik rumah je bkn main excite tp bila nak kena balik semula ke asrama punya la badmood je. berbalik kpd cerita sebenar, dah aku dlm keadaan lemah tak bersemangat je tu,ayah aku pun cakap dia nak hantar aku..masa tu dengan motor je ayah hantar aku ke asrama yg ambil masa dlm 20-30 minit kalau naik motor..jarak dalam 25km..gila jauh kan..tp itu lah pengorbanan seorg ayah..

sedang dlm perjalanan tu,hujan turun dengan lebatnya,.habis basah lencun kami berdua. sepanjang jalan tu hanyalah ladang je..takde tempat berteduh..aku sedih sgt masa tu..disebabkan aku,ayah kena hujan..dlm pada tu la aku bertekad tuk balas balik jasa ayah...dan sekarang Allah dah makbulkan impian aku..syukran Ya Rabb...

0 ulasan: