Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Sabtu, 28 Julai 2012

URUSAN DERMA ORGAN HANYA DI KAKI LIMA??

'Contengan Hati' berconteng lagi.. kali ni entry pasal derma organ? ada ke sesiapa yang dah uruskan proses derma organ or apa2 yang berkaitan dengan derma organ??

kalau aku,derma darah pun tak pernah apatah lagi nak derma organ.. dulu pernah nak join derma darah tapi masa tu tak cukup syarat.. hu3.. kalau derma organ,jujurnya bg aku mcm takut sikit la..bg aku la..kalau org lain aku tak tahu la..atas pendapat masing-masing.

dan kisah yang aku nak share ni berkaitan derma organ..bg yang dah buat urusan derma organ,korang buat kat mana? pergi kat tempat yang sepatutnya atau sekadar di kaki lima?

ni kisah yang aku lalui masa hari pertama Ramadhan. memang betul-betul menguji kesabaran aku di bulan puasa.

al-kisahnya begini,aku temankan adik aku pergi ke bank kat seri kembangan. biasala,kat bank2 selalunya ada la dua tiga org duk menunggu.. derma la, apa la.. hari tu, aku ingat budak2 yang berserabut kat situ nak mintak derma sbb kebiasaannya macam tu.. sorang je keluar dari bank, mulalah ikut nak minta derma.. tp hari tu pelik sikit.. ada sorg budak ni ikut aku,panggil2 aku.. tapi aku geleng kepala. malas nak layan..tp dia still ikut aku.. aku dah mula naik rimas dah masa tu.. tak faham2 ke bdk nih,aku dah geleng kepala tu faham2 je la..tak yah nak pujuk2..tp,agak berasap jgk la bila dia dtg lg dekat ngan aku and cakap

"nape awk geleng, sy cuma nak minta derma buah pinggang. awak takde buah pinggang ke?"

perghhhh...aiiish, sakit betul hati aku kat budak tu. memang dah hangin la masa tu..aku terus pusing kt dia dgn muka aku yg memamg tak boleh laa and cakap "masalahnya saya tak nak berurusan dgn awak..faham! ape la.." sorry la , nada aku masa tu agak tak sopan..tp dah sakit sgt ati kat budak tu..lepas aku ckp mcm tu dia terus blah.

tapi, lepas tu aku tgk dia ikut sorang brother ni sampai kt kereta. siap tolong buka pintu kerete lagi. then, brother tu nak tutup pintu tu,dia siap pegang pintu kereta tu..tapi,tak berhasil..brother tu pun tak nak layan..

bukan nak menyombong sebenanrya tapi aku tak setuju dengan caranya tu..lebih baik berjaga-jaga kalau kita meragui sesuatu...

0 ulasan: