Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Ahad, 12 Ogos 2012

HARI-HARI YANG SURAM


hari ini tak de apa sgt aku nak contengkan di sini..cuma aku nak berkongsi kesedihan yang aku alami..aku rasa sedih yang teramat..aku dah tak tahan lagi dah hari-hari terluka,kecil hati,berjauh hati...hari ni aku bukan sedih soal cinta tp pasal lain...

aku dah tak tahan dengan semua ni...aku tak tahan nak berdepan dengan manusia mcm tu..tapi sampai bila?? hari-hari aku makan hati...selama ni org nak kata kat aku pun,aku telan je..org mengumpat aku,aku tahu tapi aku buat tak tahu..org ambik kesempatan atas sikap "takpe" aku ni..

mentang-mentang aku tak pernah menentang apa yang orang buat kat aku,makin menjadi-jadi orang menyakitkan hati aku..selama ni aku diam je bila org sakitkan hati aku bukan bermakna aku tak punya perasaan..aku malas nak cari gaduh..tapi apa yang aku dapat??

Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini..aku dgn rendah diri memohon kepada-Mu Ya Allah... aku mohon kpd-Mu, jauhkanlah aku dari sini..aku mohon berikan kekuatan kpdku.. Ya Allah,aku mohon moga aku dpt ditukarkan ke sekolah yang jauh lebih baik dari sekolah ni...perkenankanlah doaku ini ya Allah....

0 ulasan: