macam pelik je kan entri aku kali nie.. tapi aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bergelar seorang guru selama hampir 5 bulan semasa aku menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah rendah di hulu langat. satu tempat yang best sangat bagi aku. tempat yang cukup tenang dengan keindahan kehijauan di keliling aku dan suasana kawasan air terjun..memang nyaman dan best..:) sebab itu lah kot ramai produser2 bikin drama kat kawasan nie macam cerita 'halimah jongang', 'nenek kebaya' & macam2 lagi la... dan aku pun berkesempatan jugak tengok shooting..hehe..jakun kan aku. ye la, belum pernah tengok live.. drama Adamaya tue pun sempat aku tengok shootingnye...:)..kalau dah jakun kan...
alamak ! baru terperasan rupanya aku dah melalut panjang dah nie.aku sebenarnya nak khabarkan pengalaman aku bergerlar seorang guru pelatih. aku nie kira mengajar prasekolah dan pendidikan khas. tapi kat sekolah tue takde kelas khas. ada kelas pemulihan khas je. so, lecturer aku minta aku mengajar murid pemulihan khas. aku mengajar je la walaupun mula2 aku agak kekok sikit coz sepanjang 4 tahun pengajian aku hanya diajar untuk mengajar murid berkeperluan khas. tapi, tue semua tak menjadi masalah sebab guru pembimbing aku banyak bantu dan bimbing aku. lama2 aku rasa macam mengajar murid pemulihan nie lebih senang..hehe...
aku tetiba je nak postkan pasal nie sebab aku rindukan anak-anak murid yang aku sayangi.. walaupun kadangkala mereka selalu je buat aku naik angin tapi tue semua adat la...budak-budak kan..sabar je la...kadangkala diorang pernah jugak buat kelakar ngan aku... tapi, satu je..budak2 nie kan macam tak takut je ngan aku. padahal aku rase aku nie dah memag garang dah... kadang2, aku selalu tersasul biasakan diri aku sebagai kak yue dan kadang2 tue tersasul jadi anjang..coz kat rumah, adik2 aku panggil aku kak yue dan anak2 buah aku panggil aku anjang... so, selalu je tersasul.. selalu je aku cakap, "ikut yang macam anjang buat lah"..kadang2, "kan kak yue dah cakap" & macam2 lagi la...
aku pendekkan sinopsis cerita nye..nak dijadikan sinopsis cerita, cukup 5 bulan maka aku pun dengan rasminya akan berangkat meninggalkan sekolah yang aku sayangi.. dan aku maklumkan pada anak2 murid aku yang aku dah nak pergi, dah tak mengajar diorang semua. diorang tanya,
"kenapa cikgu? cikgu nak pergi mana?"
aku pun jawablah, " kan cikgu dah cakap cikgu kat sini buat latihan mengajar je sebelum cikgu jadi cikgu yang betul2. sekarang, latihan cikgu dah habis. jadi, cikgu kena balik la."
lepas tu diorang tanya lagi, " cikgu nak pergi mana lepas nie?"
aku pun dengan sabar menjawab soalan anak2 murid kesayangku itu.. "cikgu balik kampung la..belajar dah habis, latihan pun dah habis.."
then, boleh pulak diorang cakap "wah..best lah cikgu dapat balik kampung....."
aikkk...terpinga2 aku..diorang nie tak sedih ke aku nak pergi dah..haha..budak2 nie..aku pulak yang sedih lebih..diorang selamber je..
so, hari yang ditunggu telah tiba. pagi tue aku ke sekolah macam biasa je. pagi tue, masa kat perhimpunan harian, aku kena buat sedikit ucapan..then,masuk kelas macam biasa. pagi tue aku ambik alih kelas sekejap time perbualan pagi. aku sembang2 & nyanyi2 lagu kanak2 dengan anak2 murid aku..terasa sayu sangat coz itu yang terakhir....
lepas tue, ada jamuan and bagi2 hadiah..terharu sangat sebab banyak hadiah yang aku dapat.. semuanya masih kemas tersimpan di dalam almari kat bilik aku dan aku tak benarkan sesiapa yang usik kerana itu adalah kenangan istimewa dalam hidup aku. hadiah pemberian si kecilku.. macam2 aku dapat.. tp, paling terharu bila baca kad ucapan yang dibuat oleh 'si kecilku' itu...
nie kad dr kelab guru..
thank so much!
nie pulak dari Izzat..anak murid aku yang paling baik hati, yang paling dengar cakap aku...memang baik lah budak nih.pandai pun pandai..kalau time aku bagi 'token' je mesti die akan dapat......izzat bagi aku hadiah bantal peluk and kain baju kurung.....thanx ijat...cikgu rindu sangat kat ijat.............
nie pulak dari haziq fahmi..budak nie selalu je aku usik die..nakal sikit die nie..tp biasa la..nakal budak2..tapi,fahmi nie pandai...nakal tapi pandai..dia pun bagi cup cake jugak kat aku hari tue tp tak sempat nak makan. petang tue aku terus balik kampung dan cup cake tue aku bagi kawan2 aku makan..sempat rasa sebiji je....
yang nie plak dari ammar ajwad.. die bagi pen jugak kat aku.. dan aku tak guna pun lagi pen tue sebab aku sayang.............
aku sebenarnya nk ucapkan jutaan terima kasih kepada warga SKSL, guru pembimbing, guru2 dan semua anak murid ku......terima kasih...di atas bantuan kalian aku akhirnya mendapat 'cemerlang' dalam praktikum aku..bukan aku nak mendabik dada, riak & sebagainya tapi aku begitu teruja dan terharu..dan aku nak kongsi kejayaan aku dengan mereka yang banyak memberi bantuan kepada aku. tanpa bantuan mereka, aku takkan dapat kejayaan yang sebegitu..semuanya kerana bantuan diorang..aku bersyukur sangat..
0 ulasan:
Catat Ulasan