Masing-masing pernah ada pengalaman ditimpa dugaan yang berat dalam hidup masing-masing. Begitu juga dengan aku. Aku pernah ditimpa dugaan yang rasanya tak tertanggung. Masa tu sangat berharap agar tiada lagi dugaan yang berat seperti itu.. Masa kecik-kecik dan remaja dulu, tak terasa sangat kalau ditimpa masalah sebab masa tue mentah lagi. Masa kat zaman sekolah, memang ada dugaan tapi semua tue dah berlalu mcm tue aje. Tak tahu lagi erti kehidupan sebenar. Masa tue, bila susah, nangis… tue aje, lepas tue dah tak fkir apa-apa pun dah.. tapi bila dah meningkat dewasa, dugaan yang datang membuatkan aku tersedar dan setiap dugaan itu akan menjadi kenangan yang terpenting dalam hidup….
aku ingat lagi, dugaan pertama yang aku tempuh setelah tamat zaman persekolahan, aku terpilih untuk menyertai PLKN di Kem Segari, Lumut, Perak. Masa tue, aku memang tak nak pergi lah sebab aku tak pernah berpisah jauh dengan mak ayah aku. Paling jauh pun, masa aku tinggal kat asrama yang jauhnya dalam lingkungan 17 atau 18km. Jauh dari tak pernah. Aku pulak jenis tak suka aktiviti-aktiviti mcm tue. Macam-macam yang aku fikir. Lebih-lebih lagi, seminggu sebelum aku berangkat, adik bongsu kesayangan aku masuk hospital. Sedih sangat masa tue. aku ingat, saat-saat akhir aku kat rumah, aku nak habiskan masa dengan orang yang aku sayang tapi lain pulak yang jadi. Tiap-tiap hari berulang-alik ke hospital. Dan tiap-tipa hari jugak aku menangis. Kerja aku tiap-tiap hari ialah menangis, menangis dan menangis...Disebabkan itu jugak, aku demam. Masa hari terakhir sebelum aku berangkat, aku habiskan masa sehari suntuk kat hospital. Sebelum balik, aku peluk mak aku kuat-kuat. aku cium mak... aku nangis semahu-mahunya. Aku mohon maaf dari mak aku. Lepas tue, aku peluk adik, aku cium dia tapi adik tak faham lagi yang dia akan berpisah dengan aku buat sementara waktu...Masa tue, aku fikir 3 bulan tue terlalu lama untuk aku.
Masa hari nak bertolak, hanya ayah aku yang mengiringi pemergian aku masa tue. Sedih sangat. Dah la demam. Masa tue nak mkn pun dah tak lalu...memang menangis habis-habis masa bas mula nak bertolak. Masa tue, ayah aku sanggup berdiri tengah-tengah panas nak tunggu sampai aku hilang dari pandangan.. mak ayah aku tak harap sangat aku pergi. Dia bimbang sebab aku lembik sikit...masa kat atas bas tue, asyik nangis je. Rindu sangat kat family. Sampai di kem, ada lagi dugaan yg datang. Aku ingat lagi, mula-mula jurulatih bahagikan kumpulan, aku menangis lagi... sebab apa? Sebab dalam kumpulan tue, hanya aku sorang je org terengganu. Dalam khemah pun, aku sorang jugak org terengganu.. rasa tak best langsung sebab tak de kwn senegeri. Nangis la aku....sampai pukul 1 pagi.. ada jurulatih datang pujuk tapi aku tak layan pun.. pergi nangis kat toilet. Pas tu, tiba-tiba je rasa takut. Nak lari la..tapi kepala terhantuk kuat sangat kat dinding toilet..adusss....pagi esok tue,masa nak gi mandi, aku muntah-muntah..tapi, aku fikir, mungkin pening sebab banyak sangat menangis. Pukul 6.30 pagi semua kena berkumpul la kat padang kawad. Masa tengah beratur tue, tiba-tiba hidung berdarah. Jurulatih pun hantar aku kat pusat perubatan. Sepanjang hari tue, hidung aku asyik berdarah je. Dari pagi sampai lah ke petang. Mungkin sebab kepala terhantuk kat dinding tue kot...
itu lah antara dugaan yang aku rasa berat untuk dilalui masa tue.. ye la,msa tue baru 17 tahun. Tak berapa nak matang sangat..tapi, ia tetap kekal di ingatan...
masa kat upsi, dugaan yg aku rasa agak berat utk aku hadapi..hal nie terjadi masa tahun nie jgk la..masa tue aku nak balik kampung sempena cuti maulidur rasul.. malam sebelum balik tue, laptop aku lak problem. Tak leh bukak file. Virus rasanye sbb sblm tue kwn aku ade cucuk pendrive dia kat laptop aku. Pendrive dia plak banyak sgt menternak virus. Trojan lak tu. Mula-mula aku ingat tak nak balik tapi at last balik jgk. Tak pe la, mungkin balik dari bercuti baru repair. Keesokan harinya aku pun bertolak balik. Dari tangjung malim ke kl, aku naik bus pukul 7 pagi. Mungkin sampai kl pukul 8 or 8.30 a.m. sempat la kiranya aku nak balik kuantan sebab tiket bus ke kuantan pukul 9.30 pagi. Tapi dlm perjalanan ke pudu tue plak jln jem..memang jem giler.. bayangkan pukul 9.00 masih kat dataran merdeka. Aku pun tanya kat driver tue, sempat tak sampai kat Pudu nie. Aku cakap kat driver tue aku naik bus ke kuantan pukul 9.30 pagi. Driver tue cakap tak sempat. Dia suruh aku turun kat dataran merdeka lah. Pak cikdriver tue suruh jalan kaki or naik LRT. Lagipun, ramai jugak yang turun kat situ. Aku pun turun gak. Aku dah la buta jln. Tak tahu nak pergi macam mane ke Pudu. Blur sangat. Macam mane nie....Nak naik LRT, aku tak reti.. hahaha.. masa tue nasib baik lah ada kawan. Kalau tak, tak tahu lah macam mane nasib aku. Aku ngan kawan aku sambil berlari-lari anak pergi ke pudu dengan bantuan “Pakcik Signboard” tue. Penat giler. Tambah-tambah plak, kawan aku hampir-hampir nak accident ngan motor sebab kitorg berlari tak tengok kiri kanan pun. Dah takde masa agaknya nak tengok kiri kanan..hehe..nasib baik tak jadi ape2..sampai je kat Pudu aku terus gi naik bus..dalam hati, aku terfikir apalah dosa aku hingga diduga sebegitu. Lepas satu, satu terjadi kat aku. Aku berdoa agar tak de lagi dugaan sebegini. Alhamdulillah...akirnya aku sampai ke kuantan dengan selamat..tapi bile sampaiumah,aku format laptop kat kampung aku.pas format, wireless aku x leh gune.byk kali dh g service tp x jd gak.sampai skang mmg laptop aku x leh gune internet..tension tol la..nak wat assgingment pon ssh nih!!
0 ulasan:
Catat Ulasan