salam aidiladha aku ingin ucapkan untuk keluarga, kawan-kawan dan semua umat Islam di seluruh dunia....
hari raya aidiladha sinonim dengan hari raya Qurban...di mana, bila tiba je hari raya Qurban ada antara kita yang menjalankan ibadah qurban...ada juga yang sebut hari raya haji......
tapi...semua orang dah sedia maklum..hari raya aidiladhanie kurang meriah berbanding hari raya aidilfitri....persiapan pun tak ade lah meriah & gempaq macam sambutan hari raya aidilfitri..malah ada yang menganggap hari raya adidiladha nie sama seperti hari cuti umum sahaja....tapi lain kalau berbanding dengan negeri pantai timur seperti Kelantan khususnya..di sesetengah tempat hari raya aidiladha di sana lebih meriah berbanding negeri lain...
sambutan hari raya aidiladha kali nie, family aku tak de lah buat persiapan besar-besaran sangat pun sebab masing-masing sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan kakak aku pada 3 disember 2009 nie...
sebenarnya, di mana pun kita menyambut hari raya aidiladha, meriah mane pun sambutannya..yang penting adalah penghayatan diri kita sendiri...khususnya buat aku sendiri lah....penghayatan di sebalik hari raya tersebut...kerana ada peristiwa di sebalik hari raya aidiladha tue... kisah pengorbanan antara nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s kerana taat & patuh pada arahan Allah.....
mampu ke aku melakukan pengorbanan yg sangat besar seperti itu???? mampukah aku???? jd, ape pengorbanan yang telah kita lakukan dalam hidup kita?
kalau kita seorang islam, ape pengorbanan kita pada agama?
kalau kita seoarang warganegara, apa pengorbanan kita untuk negara?
kalau kita seorang anak, apa pengorbanan kita untuk ibu dan ayah kita?
kalau kita seorang murid, apa pengorbanan kita kepada guru?
kalau kita seorang sahabat, apa pengorbanan kita untuk sahabat?
aku merenung pada diri aku sendiri.....
apakah pengorbanan yang telah aku lakukan?????
adakah aku.........................
0 ulasan:
Catat Ulasan