Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

" Bila aku sudah tiada, simpan semua kenanganku.. Jangan ditangis selalu.. mungkin itu sementara..bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku...

" Andaiku pergi dulu...Tiba tika dan waktu..Telah tertulis takdir untukku...Perjanjian yang Maha Agung...Doakanku sejahtera disisiNya.."



Khamis, 2 Disember 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG


Pernah tak kalian terfikir, kenapa kempen kibarkan Jalur Gemilang hanya dilaksanakan bila tiba musim kemerdekaan sahaja? Hari-hari lain tak perlu ke? Bagi aku, masyarakat kat negara nie perlu dipupuk untuk berasa bangga dan megah dengan identiti negara kita. Rakyat di negara kita jugak perlu digalakkan supaya sentiasa mengibarkan Jalur Gemilang tak kira bila dan di mana supaya timbul perasaan sayang akan negara kita sendiri. Dan bila tiba musim kemerdekaan bolehlah dipergiatkan lagi. Dengan cara nie, orang luar boleh lihat dan menilai betapa sayangnya kita pada negara. Dan dengan cara nie jugak kita boleh tunjuk dan buktikan pada orang luar bahawa mereka tak boleh sewenang-wenangnya nak pijak dan bakar Jalur Gemilang kita!! Jadi, tak perlu tunggu hari merdeka, hari-hari biasa pun patut kibarkan Jalur Gemilang okey!

Walau apa pun kaum dan agama yang kita anuti, Malaysia tetap tanah air kita dan jangan biarkan org luar sewenang-wenangnya merendahkan maruah negara kita! MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Rabu, 1 Disember 2010

MADAH UNTUK IBU & AYAHKU


lagu ini ku tujukan khas buatmu ibu dan ayahku....

Terima kasih ku titpkan buatmu ibu kerna kau sudi mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari dengan segala kudratmu ibu. Terima kasih kerana sudi mengasuh,mendidik dan melayani segala macam kenakalan dan karenahku dengan penuh sabar. Terima kasih kerana kau banyak berkorban untukku . Terima kasih kerna memberikan segalanya untukku.Terima kasih kerana membahagiakan aku dengan ketulusan kasih sayangmu. Kau pekakkan telinga mendengar tohmahan dan cemuhan orang yang dengki padamu. Kau sentiasa tersenyum walau dihatimu menanggung sejuta keperitan dan kepahitan. Harapanmu Cuma satu, ingin melihat anak-anakmu hidup senang dan sempurna walau dirimu terpaksa menempuh segala pederitaan. Walau dirimu memikul segala kesusahan. Namun, kau tak pedulikan semua itu kerana bagimu anak-anak adalah segala-galanya. Terlalu banyak dugaan yang kau tempuh dalam membesarkan aku dan anak-anak. Moga Allah balas segala kepahitanmu dengan sejuta kemanisan. Terima kasih ibu kerana sudi menjadi ibu yang terbaik buatku. aku terlalu menyayangimu ibu..♥

Terima kasih buatmu ayah kerna sudi berpanas berhujan demi sesuap nasi untukku. Berkat kesabaranmu mencari rezeki, aku mampu ke sekolah menimba ilmu. Aku kini mampu mendaki tangga menara gading dan yang terlalu istimewa buatku dan juga dirimu, aku kini mampu menggenggam segulung ijazah! Sungguh tidak ternilai baktimu ayah. Kau sanggup berkorban segalanya demi melihat aku menjadi manusia berguna. Kau sanggup lupakan segala deritamu demi melihat aku menjadi insan yang kau impikan. Kau sanggup berhempas pulas segala kudratmu demi melihat aku melalui kehidupan dengan penuh sempurna. Sesungguhnya aku bahagia dengan segala yang kau berikan. Aku puas. Dulu sewaktu aku kecil, aku selalu bertanya dalam hati, kenapa ayah garang dan kini aku hairan kenapa sekarang ayah tak lagi garang seperti dulu? Rupanya baru kini aku sedar rupanya ketegasanmu itulah yang telah banyak mendidik aku. Kau jualah pakar motivasi yang terbaik untukku. Di saat aku buntu, kau leraikan segalanya. Di saat aku aku tertekan kau lah yang memberikan aku kata semangat. Terima kasih ayah kerana sudi menjadi ayah yang terbaik untukku. Aku terlalu menyayangimu ayah.....♥

IBU & AYAHKU,
Sungguh beruntung dan bertuahnya diriku memiliki seorang insan bergelar ibu dan seorang insan yang bergelar ayah sepertimu.. Kalian terlalu sempurna buatku. Walaupun tidak terlalu banyak kekayaan harta yang kau berikan namun kalian terlalu kaya dengan kasih sayang. Aku bangga dengan kalian. Aku bangga dengan didikan kalian. Ingin terasanya aku perkenalkan kepada dunia bahawa kalianlah yang paling terbaik untukku. Kalian pernah ajarkan kepadaku, orang yang berharta sibuk menjaga harta dan orang yang berilmu akan dijaga oleh ilmu. Akan ku ingat kata-kata ini sepanjang hayatku. Sebab itulah kalian terlalu mementingkan ilmu. Kalian abaikan segala kesulitan dan kesukaran dalam mencari rezeki demi melihat semua anak-anakmu mendapat pendidikan yang secukupnya. Walau sukar, kau tak pernah biarkan anak-anakmu korbankan pendidikan. Kalian tidak kisah menghabiskan segala hartamu untuk pendidikan anak-anak. Mulianya hatimu ibu. Mulianya hatimu ayah. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih atas segala yang telah korbankan.....♥

IBU & AYAHKU,
Walau selaut berlian ku hamparkan buatmu masih belum mampu dapat membalas segala jasa dan penat lelahmu. Walau segunung permata ku hadiahkan padamu, belum tentu terbalas segala kasih sayang yang engkau berikan. Walau berjuta wang ku hamparkan buatmu, belum tentu cukup untuk ku bayar segala kesakitan yang kau tempuhi sepanjang membesarkan aku. Walau sejuta tahun aku berbakti padamu, belum tentu cukup untukku balas segala baktimu padaku...♥

Sesungguhnya segala baktimu terlalu besar hingga tak mampu dibalas oleh aku sebagai anakmu. Baktimu sebagai ibu dan ayah lebih besar dari baktiku sebagai anak. Kata pepatah yang mengatakan, ‘seorang ibu boleh menjaga dua belas orang anak tetapi dua belas orang anak belum mampu menjaga seorang ibu’ cukup menyedarkan aku bahawa segala jasamu terlalu besar. Hanya Tuhan yang mampu memberikan pahala yang tak terhingga buatmu. ibu dan ayahku, kau terlalu sempurna untukku....kalian tiada galang ganti...♥

IBU...AYAH...
Aku mohon ampun salah dan silap di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan. Maafkan segala kekhilafan aku yang telah membuatkan hatimu terguris dan terluka. Maafkan segala dosa yang telah aku lakukan sama ada kesalahan yang aku lakukan secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak. Maafkan segala kesalahan yang ku lakukan dari aku kecil sehinggalah sekarang. Maafkan segalanya ibu.. Maafkan segalanya ayah.. Aku mohon kepadamu ibu, aku mohon padamu ayah, halalkan segala makan minumku walau setitik susu yang kau berikan, walau sesuap nasi kau kau suapkan. Aku mengharapkan restu dan redha darimu kerna itu yang lebih bermakna untukku. Pada redha kalianlah letaknya redha Allah. Pada kalian jualah letaknya syurgaku.....♥

Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka menyayangi dan mengasihiku sewaktu kecilku. Berilah sejuta nikmat kebahagiaan untuknya di dunia dan di akhirat. Hubungkan mereka dengan tali-Mu Ya Allah. Lindungilah mereka dari bala bencana dan segala musibah. Berilah kesihatan yang baik untuknya. Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa insan yang bergelar ibu dan ayah... aku mohon kepada-Mu Ya Allah agar aku diberi kesempatan untuk terus berbakti kepada ibu dan ayahku dan aku mohon kepada-Mu moga ibu dan ayahku sempat merasa bakti hasil dari titik peluhnya membesarkan aku.♥



Selasa, 30 November 2010

♥ FORMULA CINTA ♥

Sebenarnya dalam dunia yang serba moden nie, belum ada lagi formula yang dapat menjelaskan cinta. Cinta itu terlalu subjektif. Sebab itulah munculnya ‘falsafah’ cinta yang mengatakan cinta itu buta, cinta tak kenal siapa, cinta tak kira usia, cinta monyet, cinta pandang pertama dan macam-macam lagi falsafah cinta yang ada di muka bumi ni. Sebab itu juga lah ada lelaki yang bermur 20 tahun kahwin dengan perempuan 30 tahun, perempuan 25 tahun kahwin dengan lelaki 55 tahun. Masing-masing sudah angau dilamun cinta. Soal usia tolak tepi lah kan. Ada juga yang bercinta 10 tahun tapi bila kahwin tak sampai setahun pun. Ada yang bercinta bagai nak rak tapi akhirnya kecundang di tengah jalan. Belum tentu jugak orang yang kita kenal bertahun-tahun, membesar bersama-sama dari kecil sampai ke besar akan membuatkan kita jatuh hati kat dia. Kita kenal lama tapi hati langsung tak terbuka untuk mencintai dia. Kita sayang kat dia dan tak sanggup kehilangannya tapi itu cuma perasaan sayang sebagai seorang sahabat. Dan kadang-kadang orang kita baru je kenal seminit sudah boleh buat kita jatuh hati padanya. Begitu juga dengan orang yang langsung kita tak kenal tapi cuma kenal nama yang disebut-sebut oleh orang tapi jauh di sudut hati kita, kita dah mula rasa sayang kat dia. Macam orang cakap, dia tak pernah hadir dalam hidup kita tapi dia ada di hati kecil kita. Biasanya, ini sesi orang tengah yang cuba nak menjodohkan kita lah.

Memang benarlah orang cakap cinta itu buta. Persoalannya, cinta yang buta atau kita yang buta hati buta mata sampai tak boleh nak menilai? Aku pernah terbaca artikel di akhbar perdana yang mengatakan kalau kita nak cari cinta sejati, kita tanya pasangan kita kenapa sukakan kita? Kalau pasangan kita cakap dia cintakan kita kerana kecantikan maka bila kita sudah tak cantik lagi adakah dia akan setia mencintai kita? Kerana kecantikan milik kita tak akan kekal lama. Kadang-kadang nikmat yang Allah kurniakan, kalau Dia nak tarik balik sekejap je kan. Jadi, bila ditakdirkan kita tak cantik lagi dah, apakah dia sanggup setia bersama-sama kita sedangkan dia mencintai kita kerana kita cantik. Kalau pasangan kita cakap, dia cintakan kita kerana kita berharta, sah-sah orang macam ni kena reject terus. Mata duitan! Mana boleh buat partner. Tak bahagia hidup. Kalau pasangan kita cakap dia cintakan kita kerana kita nie happy go lucky dan selalu buat dia rasa bahagia tapi bila hidup kita dirundung kesusahan, kita sedih, kta bad mood adakah dia akan terus sayang dan cintakan kita? Tapi, dalam akhbar tue cakap, kalau kita tanya kat pasangan kita kenapa dia cintakan kita tapi dia tak ada jawapan untuk jelaskan kenapa dia cintakan kita maka itulah cinta sejati kita kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang suci lahir tulus dari hati dia. Itulah perasaan dari hati dan naluri yang dikurniakan Allah. Itulah cinta yang ikhlas. Dia cintakan segala kebaikan dan kelemahan kita. Betul atau tidak wallahualam.. tapi kalau difikir-fikirkan memang ada benarnya.

Kita semua tahu kan, kalau nak cari jodoh nilailah pada 4 perkara iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama. Pilihlah dan cintailah dia kerana agamanya.. kerana itu yang akan buatkan hidup kita lebih bahagia. Pernah jugak ada seorang hamba Allah menitipkan nasihat yang mengatakan, kalau kita nak mencari pasangan, kalau belum ada apa-apa ikatan yang sah lagi tapi dia dah mula pegang-pegang kita maknanya dia tidak mencintai kita sepenuhnya sebab kalau seseorang itu terlalu mencintai kita sepenuh hati, dia tak kan pegang kita walau dengan sekali sentuhan pun kerana hak itu hanya untuk yang sah. Orang yang sayang dan cintakan kita dari hati yang tulus tidak akan menodai kita walau hanya dengan sentuhan. Kalau ada yang pegang-pegang dan buat perkara yang tak elok, itu maknanya dia cintakan kita kerana nafsu semata-mata. Ada jugak cikgu pernah berpesan, kalau masa bercinta kita tak jaga hubungan maka bila kita kahwin Allah tak jaga rumahtangga kita sebab masa bercinta kita selalu buat maksiat. Wallahualam…sama-samalah kita timbal balik..dan sama-samalah kita menginsafi diri. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah..

Pokok pangkalnya, ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan sudah tertulis untuk kita sejak azali lagi. Kita hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk menolak segala ketentuan dan rencana dari Allah s.w.t…. Kita bukannya insan yang sempurna untuk mencari pasangan yang sempurna. Tapi perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..♥



Rabu, 15 September 2010

CORETAN AIDILFITRI 2010

salam syawal..sekarang masih lagi dalam suasana berhari raya. rasanya tak salah kalau aku nak mencoretkan serba sedikit cerita hari raya aku bersama keluarga dan kawan2. aku pun baru balik dari kampung ayah & mak aku..sayu, syahdu, sedih & rindu sangat sebab kita dah tinggalkan bulan puasa. alhamdulillah, aku rasa aidilfitri tahun nie amat bermakna sebab aku masih diberi peluang mengunjungi sanak saudara dan kawan2.

tapi raya tahun nie dah 'melanggar' adat..hehe..bukan adat apa2 pun cuma kalau sebelum nie kawan2 aku aku berkumpul kat umah aku terlebih dahulu tapi kali nie umah aku jd yang terakhir. dan tahun nie jugak turn adik-beradik aku beraya di rumah mentua masing2. jadi tinggallah kami yang masih bujang. walaupun kemeriahannya kurang sikit tapi raya tetap raya. macam biasa pagi2 raya lepas solat raya kami semua bermaaf-maafan dan bermulalah drama air mata kami sekeluarga...

then, kawan aku ajak pergi beraya kat umah Tok Guru Mengaji aku. aku mula2 segan jugak nak pergi beraya ke sana sini nih. maklum lah dah dewasa la konon. tapi bila fikirkan Tok Guru aku pergi la jugak. lepas sembahyang Jumaat, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara arwah kakak aku, arwah Eisya (anak buah aku) dan arwah sepupu aku.

raya kedua, adik beradik aku mula tiba di rumah.. raya kedua kami tak pergi mana2 pun. just beraya bersama adik beradik kat umah dan melayan tetamu yang datang beraya. raya ketiga baru pergi beraya umah saudara mara. raya keempat kami balik ke kampung halaman mak ayah kami. seronok sangat..dapat jumpa tokwan, tok ngah, ayah chik, mak su, mak ngah & ramai lagi la sanak saudara mak ayah kat kampung. raya kelima kami dah bertolak balik semula. then, dalam perjalanan balik ke rumah kami semua berhenti makan kat bukit besi. sakit hati betul aku time nie. boleh tak, lepas kitorang duduk datang la sorang cik kak nie tuk ambik order. aku order nasik goreng ayam, kakak aku order nasik goreng cina, dan yang lain2 tak perlulah aku sebutkan apa menunya sebab cerita nie berkisarkan pasal aku ngan akak aku. lepas tue dia nie pun bawak lah makanan yang kami pesan. tup..tup..nasik gorengnya sama je semua. aku tanya la, nie nasik goreng ayam ke? dia cakap nasik goreng ayam takde sebab malas nak buat. buat nasik goreng biasa je semua senang sikit. hellloooooo..senang ati je ko ckap macam tue ek..kalo malas tutup kedai la..abis cerita! dah taw malas tapi ada ati lagi nak berniaga..tak maju la kedai ko kalo ko buat cam tue..

DI PAGI RAYA BERSAMA KELUARGAKU...

mengucupi tangan ayah tercinta
di pagi syawal..


ibu...hangatnya dakapanmu..
ampunkan segala salah silapku ibu...

aku, ayah, mak & adik..

RAYA BERSAMA TEMAN SEPERMAINAN
melayan rakan2 yang beraya kat
umah aku..diorang memang
teringin nak mkn nasik minyak
mak aku...

menjamu selera...

jemput makan...

aku happy sebab
korang happy..

khusyuk makan..

NAK BALIK KAMPUNG..

sebelum bertolak ke kampung..

berhenti makan jap..

budak jakun..
tak pernah jumpe perigi..

tiba di rumah nenek aku..

di rumah tok ngah..
4 generasi..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....
Khamis, 19 Ogos 2010

♥ D'MAJLIS TUNANG ♥

salam....
selamat bertunang aku ucapkan untuk semua sahabat baikku...amie, nija & niza.... da bertunang pun da semua kwn2 baik aku nih... aku doakan korang semua bahagia dengan si dia tersayang hingga ke akhir hayat...

ni amie..
kwn baik aku zmn sekolah dulu..
kami selalu bertiga..
tp amie dulu yg tunang..♥
tinggal aku & fuyu je lagi....
huhu..
amie..
aku doa moga mung & H
bahagia sokmo...

ni lak nija..
geng aku sejak kecik2 lagi..
kira ni teman sepermainan aku la..
membesar same2..
tunang je x same2..
hahhaha..
nija...
aku pun doa moga mung & F
bahagia sampai ke akhir hayat..
moga nie yang tebaik..
akhirnya,
mung jugok yang tunang dulu..
hehehe...

nie lak niza..
teman paling kamceng ngan aku
di universiti dulu...
mane aku pergi ada dia..
mana dia pergi ada aku..
wahahahaha...
niza,
dugaan masa bertunang tue
adat..
aku sentiasa mendoakan kebahagiaan
ko dan A..

semua geng2 aku da bertunang kan.. semua nie org yg fisrt bertunang antara kwn2 aku yang lain..mcm Amie, kat sekolah dulu kami selalu bertiga.. Amie, Fuyu & Nuyu..sampai org panggil kami geng tangga..kami selalu ckp, mesti amie yang kawen dulu...skang, mmg Amie yg bertunang dulu..Nuyu & Fuyu? hehehe...

macam Nija plak..masa kecik2 geng kami ramai..tp lam ramai2 nie nija jugak yg tunang dulu..
same gak mcm Niza.. Antara kwn2 aku kt Universiti dulu, Niza la yang tunang dulu...
ermmmmm.... kebetulan semuanya...........
apapun, x sabar nak makan nasik minyak korang....
wahwahwahhhhh......

Rabu, 18 Ogos 2010

DI SEBALIK RAHSIA ♥

salam ramadhan buat semua..♥
macam mana puasa? best? aku sangat2lah teruja dapat berpuasa kat rumah..selama 4 tahun puasa berjauhan dari keluargaku tersayang. bersemangat sekali aku kali nie..dan aku amat menghargai detik2 yang baru je berlalu beberapa jam yang lalu..♪ ♫ ♪ ♫

opsss...dah melalut..ok, straight to the point la kan..sebenarnya hari nie aku nak bongkarkan rahsia aku selama nie.terpaksa bongkarkan rahsia nie sebab banyak sangat spekulasi yang melanda..nak taw apa rahsia? jom....

sebenarnya, rahsianya takde la rahsia sangat..tapi disebabkan aku tak pernah bagi taw kat sesiapa dan tak ada yang taw pasal nie ( kalau taw pon sorg  je..)..s0, ia sama macam seperti rahsia la kan? ok, sape yang taw maksud ROEAIS tue sila angkat tangan?? x de kan..

ade yang cakap boyfriend aku la..sorry..takkan sampai tahap tue aku nak mengagung-agungkan dia andai itu bf aku..belum lagi jadi suami..tapi, dalam banyak2 spekulasi paling buat aku tergelak ialah bila ada yang cakap tue gabungan nama rosyam nor..hahahahahahaha....aku taw la aku minat rosyam nor tapi takde la sampai macam tue sekali..

yang pastinya ROEAIS adalah insan yang amak bermakna sekali dalam hidup aku. aku jadikan ROEAIS nie adalah inspirasi aku.. bila aku rasa give up, aku akan igtkan ROEAIS.. ROEAIS ini lah yang memberi semangat untuk aku teruskan perjuangan aku.. ROEAIS adalah tanggunggjawab aku yang mutlak. walau apa cara sekalipun, aku wajib tunaikan tanggungjawab aku kpd ROEAIS..
ROEAIS adalah....
R= Ramlah (my lovely mum)
O= Omar (my lovely dad)
E= Ema (my young sis)
A = Amir (my young bro)
I = Irshad (my young bro)
S= Salahuddin (my young bro)
R♥O♥E♥A♥I♥S

so, terungakai sudah segala persoalan di sebalik ROEAIS kan..ermmm, tak jadi jugak lah aku nak wat gempaq sket..hehehehe.....

kenapa aku cakap ROEAIS adalah tanggungjawab aku yg mutlak?
sebab, aku perlu laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak kpd R&O..aku mesti balas segala jasa mereka...
E, A, I, S pulak, sebagai kakak aku mesti melindungi adik2 aku..aku mesti tunaikan tanggungjawab aku dalam melindungi dan memberi yang terbaik untuk adik2 aku..
aku sentiasa mengharapkan kebahagiaan mewarnai insan2 yang aku sayang......
Sabtu, 7 Ogos 2010

KENANGAN RAMADHAN 80-90AN...



bulan ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi..tak sabarnya rasa. dan aku yakin kebanyakan umat Islam di seluruh dunia pun tak sabar menanti bulan yang penuh dengan keberkatan..tengok saja di Facebook sekalipun, kebanyakannya dah sibuk memperkatakan tentang kehangatan bulan ramadhan..

aku pun tersangatlah teruja dengan kedatangan bulan ramadhan kali ni..setelah 4 tahun menyambut bulan ramadhan tanpa ahli keluarga. kalau ada pun, dalam sebulan cume 2,3 kali je. itupun dah nak dekat raya. tapi, tahun nie, insyaallah aku aku menyambut bulan ramadhan selama sebulan bersama keluargaku tersayang..rindu rasanya nak siapkan juadah berbuka, pergi terawih di surau belakang rumahku...adussss...rindunya...

bila tiba bulan ramadhan je, pasti aku teringat suasana berpuasa masa keck2 dulu..bagi aku, dulu kemeriahan nya lebih meriah berbanding sekarang. memang terasa la itu adalah bulan ramadhan.. sehari sebelum puasa, aku dan kawan2 yang lain berduyun2 ke semak kat hujung lorong rumah aku sebab nak cari obor..paling kurang pun sorang mesti cari 2,3 obor..semua saiz ada..lepas tu, pergi beli kapas & minyak tanah..bab2 beli pelita pulak, 2 bahagian abang or ayah aku..petang 2 dah prepare cari kayu sebab nak buat batang tempat letak pelita..habis sekeliling rumah lah kena pacak kayu..lepas 2, abang aku akan pasang lampu 'lip-lap' kat beranda rumah..

bila dah puasa, nak main pn penat. tapi main tetap main. cuma dah tak main kejar2. kadang2 buat khemah or tempat parking untuk lepak2. port nye mesti kat padang belakang rumah aku or kat tepi rumah aku.. aku la biasanya yang jadi ketua. hehe.. then, lepak2 sambil nyanyi2 lagu.. tapi, lagu2 nasyid taw. serius! dulu minat giler lagu nasyid..skang pun minat lagi..lepas 2, plan aktiviti apa yang nak dibuat sepanjang bulan puasa. kalau siang hari, bila tengok tv rasa mcm tak bleh blah je sebab kat tv selalu je kan tunjuk iklan minuman  makanan utk bukak puasa. mana leh tahan. terliur beb! kecik2 iman takde lah kuat sangat. mulalah duk telan2 air liuq! huhu...bila dah nak dekat bukak puasa, semua berlari balik rumah. kat umah, sibuk duk berebut gelas ngan adik beradik aku. mesti cari gelas yang besar sebab dahaga sangat kan.. satu lagi, suka gile muzik tema waktu buka puasa & imsak kat tv..syahdu je rasa..

tapi, aku masa kecik2 dulu hari first puasa memang liuk lentok..mulalah terbaring je kat dapur. merengek2 ngan mak aku nak bukak puasa. tapi, mak aku cakap, kalau lapar baca ayat 4 Qul..aku & adik aku pun baca la sampai la bukak puasa..lepas bukak puasa je mula aku bertukar jadi insan luar biasa. bersemangar je pegi pasang pelita. dah siap, aku ambik obor & jalan2 keliling kampung. masing2 pegang 2 obor kat tangan.

kadang2 ada juga kitorang buat pelita sendiri. guna tempurung. then, letak lilin kat tempurung tue..lepas tue, jalan keliling kampung sambil buat gaya org tengah bawak kete. siap dengan bunyi sekali..mercun & bunga api tue usah cakaplah. memang dah jadi kewajipan. tapi,mercun pun kalau berani cuma mercun pop tue je. yang lain sampai sekarang tak berani jugak. bunga api lak mesti yang macam2 patern. ade yang kuar api colourful la, kuar bintang2 la..macam2...selalunya main sampai la org dah balik terawih..masa kecik2 tak berapa minat sangat nak pergi terawih. dugaan bermain lagi hebat..(perghh...pengakuan jujur nie..) bila dah besar sikit baru lah pergi surau. solat terawih ngan kawan2..seronok..tp,kadang2 kehadiran 'kami' cuma mengganggu ketenteraman jemaah nak tunaikan ibadah...hahaha..biasa lah budak2...tp lepas terawih sambung lagi main..memang tak sah tak main malam2 bila bulan puasa. tak takut sebab ustaz ustazah cakap bulan puasa hantu syaitan semua kena ikat. wow.happy lah kami. takde hantu nak ganggu kami main. dan kadang2 kami pulak yang jadi 'hantu'...hehehe...

part paling best ikut ayah aku pergi bazar ramadhan. biarlah walaupun bazar ramadhan 2 kecik je sangat.. suka sangat beli air tebu & soya fresh.. kuih plak aku suka sangat popia & kuih pelita..ermmmm...sedapnya..yang peliknya, bila bukan bulan puasa aku takde la teruja sangat nak makan kuih tue..

suka jugak dulu tunggu pengumuman tarikh puasa & tarikh hari raya. lepas 2, melompat2 kegembiraan lah konon. padahal dalam kalendar dah bagitaw dah tarikhnye. tapi, suasana kemeriahan menantikan debaran pengumaman yg disampaikan oleh Penyimpan mohor besar Raja-raja tue tak sama dengan tengok kat kalendar.. lepas tue, sesaje kecohkan suasana duk menjerit2 'yea...yea..esok pose...'...huhu..kenangan..kenangan..sekarang kalau buat macam tue tak pasal2 kena hantar ke hospital sakit jiwa...tapi,dulu2 selalu jugak terfikir, apesal muka org yg wat pengumuman tue mukenye sama jek...

tapi, sekarang aku tengok budak2 zaman sekarang langsung dah tak sama macam kami dulu..bulan ramadhan macam sepi je..cuma dengar bunyi mercun je..tp, suasana riang ria ketawa ke sana ke mari dah tak ade..

tapi meriah tak meriah, itu bukanlah sesuatu yang penting..yang paling penting, adakah amalan puasa kita semakin meningkat saban tahun? atau adakah sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja?

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA..DAN SEMOGA PUASA KALI INI ADALAH YANG PALING BERMAKNA DI DUNIA DAN BERERTI DI AKHIRAT....♥

p/s : aku jugak nak mohon ampun maaf atas segala salah silap yang telah aku lakukan pada kalian...
luv u alll.....♥
Jumaat, 23 Julai 2010

KENANGAN SEKEJAP....


macam pelik je kan entri aku kali nie.. tapi aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bergelar seorang guru selama hampir 5 bulan semasa aku menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah rendah di hulu langat. satu tempat yang best sangat bagi aku. tempat yang cukup tenang dengan keindahan kehijauan di keliling aku dan suasana kawasan air terjun..memang nyaman dan best..:) sebab itu lah kot ramai produser2 bikin drama kat kawasan nie macam cerita 'halimah jongang', 'nenek kebaya' & macam2 lagi la... dan aku pun berkesempatan jugak tengok shooting..hehe..jakun kan aku. ye la, belum pernah tengok live.. drama Adamaya tue pun sempat aku tengok shootingnye...:)..kalau dah jakun kan...

alamak ! baru terperasan rupanya aku dah melalut panjang dah nie.aku sebenarnya nak khabarkan pengalaman aku bergerlar seorang guru pelatih. aku nie kira mengajar prasekolah dan pendidikan khas. tapi kat sekolah tue takde kelas khas. ada kelas pemulihan khas je. so, lecturer aku minta aku mengajar murid pemulihan khas. aku mengajar je la walaupun mula2 aku agak kekok sikit coz sepanjang 4 tahun pengajian aku hanya diajar untuk mengajar murid berkeperluan khas. tapi, tue semua tak menjadi masalah sebab guru pembimbing aku banyak bantu dan bimbing aku. lama2 aku rasa macam mengajar murid pemulihan nie lebih senang..hehe...

aku tetiba je nak postkan pasal nie sebab aku rindukan anak-anak murid yang aku sayangi.. walaupun kadangkala mereka selalu je buat aku naik angin tapi tue semua adat la...budak-budak kan..sabar je la...kadangkala diorang pernah jugak buat kelakar ngan aku... tapi, satu je..budak2 nie kan macam tak takut je ngan aku. padahal aku rase aku nie dah memag garang dah... kadang2, aku selalu tersasul biasakan diri aku sebagai kak yue dan kadang2 tue tersasul jadi anjang..coz kat rumah, adik2 aku panggil aku kak yue dan anak2 buah aku panggil aku anjang... so, selalu je tersasul.. selalu je aku cakap, "ikut yang macam anjang buat lah"..kadang2, "kan kak yue dah cakap" & macam2 lagi la...

aku pendekkan sinopsis cerita nye..nak dijadikan sinopsis cerita, cukup 5 bulan maka aku pun dengan rasminya akan berangkat meninggalkan sekolah yang aku sayangi.. dan aku maklumkan pada anak2 murid aku yang aku dah nak pergi, dah tak mengajar diorang semua. diorang tanya,
 "kenapa cikgu? cikgu nak pergi mana?"
aku pun jawablah, " kan cikgu dah cakap cikgu kat sini buat latihan mengajar je sebelum cikgu jadi cikgu yang betul2. sekarang, latihan cikgu dah habis. jadi, cikgu kena balik la."
lepas tu diorang tanya lagi, " cikgu nak pergi mana lepas nie?"
aku pun dengan sabar menjawab soalan anak2 murid kesayangku itu.. "cikgu balik kampung la..belajar dah habis, latihan pun dah habis.."
then, boleh pulak diorang cakap "wah..best lah cikgu dapat balik kampung....."
aikkk...terpinga2 aku..diorang nie tak sedih ke aku nak pergi dah..haha..budak2 nie..aku pulak yang sedih lebih..diorang selamber je..

so, hari yang ditunggu telah tiba. pagi tue aku ke sekolah macam biasa je. pagi tue, masa kat perhimpunan harian, aku kena buat sedikit ucapan..then,masuk kelas macam biasa. pagi tue aku ambik alih kelas sekejap time perbualan pagi. aku sembang2 & nyanyi2 lagu kanak2 dengan anak2 murid aku..terasa sayu sangat coz itu yang terakhir....

lepas tue, ada jamuan and bagi2 hadiah..terharu sangat sebab banyak hadiah yang aku dapat.. semuanya masih kemas tersimpan di dalam almari kat bilik aku dan aku tak benarkan sesiapa yang usik kerana itu adalah kenangan istimewa dalam hidup aku. hadiah pemberian si kecilku.. macam2 aku dapat.. tp, paling terharu bila baca kad ucapan yang dibuat oleh 'si kecilku' itu...


nie kad dr kelab guru..
thank so much!


Ahad, 4 Julai 2010
Sabtu, 3 Julai 2010

SYURGA MENANTIMU.....


tanggal 2 JULAI 2010 adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku..pada tarikh ini lah anak buah aku NUR EISYA ZAFRYN SOFEA dilahirkan dan pada tarikh ini jugak lah beliau disemadikan...arwah Eisya dilahirkan dan dikebumikan pada hari yang mulia iaitu pada hari Jumaat...
Eisya adalah anak buah aku yang ke-13 dan cucu mak ayah aku yang ke-13.. kami semua menantikan kehadirannya....apatah lagi kakak aku..Eisya adalah anak sulong kakak aku..memang kehadirannya amat dinanti-nantikan..tapi, ALLAH lebih berkuasa..sayang sangat kami pada Eisya tapi ALLAH lebih menyayanginya..DIA datangkan Eisya kepada kami hanya untuk seketika..walaupun cuma seketika, tapi kami semua amat menyayanginya....
terimbas balik pada saat2 Eisya akan dilahirkan...
doktor sahkan Eisya meninggal di dalam kandungan..sedih memang teramat sedih..tapi kami redha...khamis malam kakak aku masuk wad sebab dia dah mula sakit perut... jam 2.53 pagi, dia lahirkan Eisya.. pukul 5.oo pagi, mak aku call aku..mak aku suh aku kemaskan tempat untuk arwah...
aku pun ambilkan tilam dia & hamparkan kat atas katil mummy & daddy dia..saat tue aku rase sedih & sayu yg teramat sangat...sape sanggup, tilam yg sepatutnya Eisya baring sambil merengek2 manja dan ,membuatkan kami semua terhibur tapi yang akan tbaring kat situ nanti cuma jasad Eisya yang kaku....aku sedih sangat masa fikirkan 2 semua tapi aku cepat2 beristighfar....tak baik menyesali kehendak takdir...
then, dalam pukul 7 jenazah sampai kat rumah aku... masa nenek dia bukakan kain tue lagi lah bertambah sedih bila tengok jenazah sebab dia dah sempurna & cukup sifat dah...masa mandikandia pun aku tengok...aku sempat pegang tangan dia..saat paling hiba adalah saat kafankan dia..masa tue semua org menangis......aku cuba tahan tapi tak tertahan.....
alhamdulillah...jenazah eisya selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah kakak aku & sepupu aku...ketiga2nya adalah ahli syurga..arwah kakak aku meninggal msa umur 2 tahun & sepupu aku meninggal pun masa bayi..patutla, malam yang kakak aku sakit perut sebelum eisya meninggal 2, kakak aku mimpi dia ambik baby & letakkan baby 2 dekat 2 orang baby lagi..tp kakak aku tak tahu tue baby siape...mungkin maksud dlm mimpi 2 yang eisya akan disemadikan bersebelahan dengan 2 org ahli syurga tue...
hari nie, aku terkenangkan lagi eisya....
Aku jugak terfikir,
"ORANG YANG MEMBUANG BAYI TUE TAK RASE APE KE?????????!!!!!
buat NUR EISYA ZAFRYN SOFEA,
SEMOGA TENANG DIKAU DISANA...
SYURGA SEDANG MENANTIMU....
Khamis, 1 Julai 2010

APA ADA PADA BUAH?


sekarang dah pun masuk musim buah kan.. begitu jugak kat kampung aku..manggis and kuini dah pun masak.. cume rambutan, duku, rambai & durian belanda je yang belum masak lagi.. aku bersyukur sangat sebab berpeluang nak merasa buah2 yang ada kat umah aku..musim buah yang lepas pun macam tu jugak.. kebetulan aku cuti semester masa musim buah. so, aku je la yang duk menghabiskan buah2 yang ada.. rezeki aku kan.. musim nie lagi lah unik..aku jugak yang melantak..haha..padahal sebelumnya, adik beradik aku semua balik masa awal bulan Jun sempena hari ulangtahun perkahwinan my parents yg ke-40 & sambut sekali hari ibu & hari bapa. tapi, masa 2 semua buah2 tak masak lagi..
then, satu musibah melanda dalam keluarga aku..baby kakak aku meninggal dalam perut. kandungan dah nak masuk 7 bulan tapi Allah lebih sayangkan babytue. ada hikmah yang tersembunyi. sedih sangat...lagipun, baby 2 anak first kakak aku..dan kami memang ternanti-nantikan kehadirannya..apatah lagi disahkan pulak baby girl..,walaupun sedih, tapi kami meredhai pemergiannya...Syurga sedang menantinya....s0, dipendekkan cerita adik beradik aku balik kampung lah sebab nak tengok baby. tapi baby tak keluar jugak mase tue..doktor suruh tunggu seminggu je lagi. so, hari ahad adik beradik aku yang lain pun balik lah semula seorang demi seorang ke rumah masing-masing.. adik aku yg study kat kelantan & terengganu pun balik semula ke kampus masing2.....

lepas tu, pada keesokan harinya yakni hari Isnin, mak aku pergi la kat tepi rumah..tengok kat atas tanah dah banyak buah manggis dah gugur..so, aku n kakak aku 2 je la yg habiskan..aku pun sesaje nak bagi yg lain2 jeles, aku ambik gambar & upload kat Facebook. hahahaha..semua nya bengang ngan aku. pas tu, tuduh aku sesaje tak nak gi ambik buah tue time diorang takde..haha..nie time aku..boleh la sesedap aku mainkan diorang. ntah2 lepas ni, kalau ade rezeki kena posting jauh2, baru padan muka aku.. mase 2 bile dah langsung tak dapat merasa baru lah padan muka aku! haha...s0, time2 macam nie je la aku nak merasa puas2...

oppsss..panjangnye melalut...sory2 guys...
ok, buah durian ni adalah buah yang paling aku suke...sedap kan??
begitulah juga dengan kehidupan kita..nak tahu kenapa??







kehidupan kita sama seperti buah durian..
untuk merasa kemanisan isinya perlu mengharungi duri2
yang sangat tajam.....

adakala tangan tercucuk duri..

adakala tangan terkena pisau..

adakala tangan luka berdarah...

adakala ada yang putus asa..

adakala ada yang kecewa..
tapi dek kerana terlalu manisnya buah durian
dan terlalu teruja untuk merasai kelazatan dan kenikmatan buah durian,

orang akan berusaha sedaya upaya untuk mengopek buah durian...

akhirnya,
kemanisan buah durian boleh membuatkan

kita terlupa kesakitan dan keperitan sewaktu mengopek

kulit durian tadi....

begitulah jua dengan kehidupan kita..
berakit-rakit ke hulu..

berenang-renang ke tepian..
bersakit-sakit dahulu..
bersenang-senang kemudian...
kita tak kan merasa kemanisan hari ini

jika kita tidak mahu merasa kepahitan masa lalu..




manggis?

manggis nie adalah buah paling jujur sekali..

nak tahu kenapa?

sebab...manggis tak menipu..

kalau tampuknya 5, 5 lah isinya..

kalau tampuknya 6, 6 lah isinya..

betul...tak percaya??

sekarang jugak pergi beli manggis & tengok betul ke tidak...

so, dalam kehidupan kita,

kita mesilah jujur dan dalam kata yang mudah,

cakap serupa bikin..

huhuhu...





Khamis, 3 Jun 2010

BLURRRRRRRRR.......


nie da masuk mggu ke-2 aku kat umah..best tue memang best..sape tak best dapat balik n duk kat umah sendiri...bak kata org, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tanah tumpah darah... tp bila memikirkan asyik menghabiskan beras, tenaga elektrik n tenaga air kat umah n duduk pulak tnpe memberi apa2 sumbangan, rasa tak berapa best la pulak...sumbangan 2 its mean, sumbangan $$$$$ la...sumbangan tenaga kalau tak bagi memang melampau tahap cipan lah aku nie.....

then, nak dijadikan sebuah cerita, drama n novel, aku mula serius nak cari kerja..mula2 xde r serius sgt..juz nak carik kerja wat sementara tunggu posting.. aku pun juz tanya2 org mcm tue je la..if ade nak offer keje bgs, aku g0 on je la kn..first, aku dpt 0ffer mengajar kat sebuah tadika di kemaman..memandangkan memang dah opsyen aku, aku pun nak lah try jgk walapun kt swasta..bile dirisik, gajinye sekitar 300-400..bila dihitung2, cukup ke....murah sgt la..mcm gaji pengasuh je sedangkan kwn aku yg keje mengajar kat tadika di johor gajinya around 1000...ok lah mcm 2...1000 pn cukuplah tue..aku pun b'alih arah lah kejap..hold dulu r..nk try cari keje yg gajinya up la skit..keje kilang pon ok pe...wat sementara waktu je kan...bkn nak full time pon...dan aku bukannya insan yang memilih keje..aku cari je keje yang sesuai untuk aku selagi keje tue HALAL & tidak melanggar syariat ISLAM yg kite pegang ni kan.... kalau semua memilih keje, susah r beb....

then, aku dapat berita sensasi from my member2...yg mengatakan belum ade tarikh tetap lagi untuk k0nv0..c0z, bulan 8 nanti adalah bulan ramadhan..yakni bulan puasa...pas tu, banyak lah khabar2 angin yg bertiup kncang ttg tarikh konvo...masing2 membuat spekulasi sendiri...ade yg cakap konvo bulan 9, 10 n 11....fuh !!! lambat lagi tuh.. s0, tak kan aku nak jadi penganggur keh0rmat sampai k0nv0...s0, aku teramat2 lah seriusss skali dong tuk cari kerja nie.. dan skang asyik bz membuat resume....!!!
Isnin, 31 Mei 2010

Full Promo - Gelora Di hati Sara 2

ni lah serba sedikit tentang drama gelora di hati sara 2 yang sedang ditayangkan di TV2 setiap hari Rabu pukul 9.30 malam...

Sabtu, 20 Februari 2010

ARGGHHHHHH !!!!!!!

hari ni adalah hari terakhir aku di rumah... esok dah kene pergi balik.. berat hati aku nak pegi.berat hati nak tinggalkan my parents, adik2 aku, rumah aku..di sini kebahagiaan aku..aku tak pernah jauh dari mak ayah & adik2 aku...aku jenis yg tak boleh berenggang dgn diorang..dari dulu sampai lah sekarang.. bila kene pergi jauh nie...rasa berat sangat...

di sana, hari2 aku homesick. rindukan insan2 yg kutinggalkan disini...suasana & sekolah kat sana best. okay..tp, aku sedih nak tgglkan family aku...bln 5 nie baru aku habis praktikum..lambat lagi tu...
Jumaat, 19 Februari 2010

MADAH KEHIDUPAN #2



seksanya terseksa..rasa hati terhiris pilu..jiwa memberontak..perasaan berkecamuk...kadangkala membuatkan ku terfikir, kenapa hidup ini begini? kenapa dugaan yang sebegini besar hadir dalam hidupku sedangkan aku hanya insan yang tersangat lemah.. aku mencari segala kekuatan aku.. tapi, aku tak jumpa..aku tunduk pada kelemahan aku sendiri. aku tak cuba melawan kelamahan aku.. aku berserah.. betapa kerdilnya diri aku..

aku mencari-cari sinar..tapi segalanya samar... apakah aku tersilap langkah? adakah segala pintu kebabahagiaan sudah tertutup untuk ku? atau adakah aku yang tidak tahu mencarinya pada jalan yang betul? aku terduduk sendirian.. menangisi dan terus mencari, apa silap aku?

aku berjalan lagi.. menyusuri perjalanan ini.. namun, ku hampa..aku kecewa.. kepahitan telah menanti aku sedangkan aku mencari kemanisan.. aku jatuh lagi.. aku mengeluh lagi.. kenapa?? kenapa aku??? kenapa..... dalam keluhan hatiku terdetik, di manakah letaknya kemanisan? adakah segala kepahitan ini aku terbalas dengan kemanisan suatu masa nanti? bilakah saat kemanisan yang paling indah akan hadir dalam hidupku....???

aku terduduk sendirian..sudah penat diri ini mengembara mencari kebahagiaan. mencari ketenangan.. mencari kedamaian.. mencari kemanisan... namun, kehampaan yang menjalar diri..aku hampir tersungkur..aku hampir rebah...kaki ku terasa bagai tiada daya lagi untuk aku bangun melangkah..hingga pernah buat aku terfikir, biarlah aku di sini.. biarkan aku sendirian melayari penderitaan... pergilah kau kebahagiaan..pergilah engkau kemanisan.. pergilah jauh dariku... aku tak berdaya mencari dan menantimu...

namun...
di saat aku kepenatan, ada insan yang menghulurkan tangan.. memimpin aku mencari jalan keluar.. dia menyedarkan aku betapa hidup ini sentiasa berselang seli antara kemanisan dan kepahitan.. memberikan kata-kata semanat pada aku... memberikan segala kekuatan padaku.. memberikan satu pelukan untuk aku..

aku menyesali diri...mengapa aku tewas dengan dugaan sekecil ini? mengapa kita goyah sedangkan ALLAH itu wujud.. ALLAH sentiasa ada bersama kita.. Pohonlah kepada-Nya.. Dia lah Yang Maha Mnegasihani.. pada Dia lah letaknya KEBAHAGIAAN yang sebenar.. carilah Dia saat kita buntu.. insyaALLAH, kita tidak akan tersesat...

"ketika kau goyah
kau harus kuat,
kerana kau pembawa agama..
ketika kau terluka
kau harus tabah,
kerana kau mujahid muda...
ketika kau gundah
Tuhanmu ada
untuk kauluahkan
segalanya....."

"ketenangan lahir dari
kekuatan hati
menempuh dugaan..
kekuatan hati lahir dari
kesabaran menyusuri ranjau kehidupan..
kesabaran lahir dari
keimanan dan ketaqwaan
pada keEsaan Allah s.w.t..
Fitrah insani
adakala gagal mengawal diri
namun,
kembalilah pada Penciptamu...
percaya Dia sentiasa bersamamu..
dan hadapilah hari mendatang
penuh ketenangan mengharap
rahmat dan kasih sayang sejati Allah s.w.t..
hidup memang penuh dugaan..
tabahlah menghadapinya..."

"Jika ada masalah,
tunduklah pada kebesaran ALLAH..
sujudlah menghadap ILAHI..
tangiskanlah pada YA RABBUL ALAMIN..
luahkanlah segala kesakitan yang sementara
di fana ini
hanya pada ALLAH ARRAHMAN ARRAHIM
di kala malam yang sunyi....
sesungguhnya di kala itu
suatu perasaan indah
yang tak terungkapkan menyelinap di kalbu..
yang pasti hanya pada-Nya YA RABBUL ALAMIN..."

"bila kau letih dan hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kau telah
mencuba sedaya upaya..
bila tangisanmu berpanjangan
dan hatimu kedukaan,
ALLAH telah mengira titisan air matamu..
bila kau rasa ketinggalan
dan masa meninggalkanmu,
ALLAH setia disisimu...
bila kau telah mencuba segalanya
tapi tidak tahu tujuan,
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..
bila tak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa,
ALLAH adalah jawapannya...."

"sebuah musibah akan menjadi kenikmatan
jika kita berhasil menyingkapnya
dengan syukur, sabar dan tawakkal
serta mampu mengambil hikmah
dari setiap kejadian..."



lagi mutiara kata: